Malaysia legislation

Section 6

of Fatwa di bawah seksyen 48

Seksyen 6

Dia menggunakan ungkapan “tubuh Allah” di dalam pengajarannya. kenyataan ini adalah tidak layak bagi Allah S.W.T., sekalipun beliau menafikan

Tuhan adalah sama dengan makhlukNya. Ini kerana Allah S.W.T. tidak berjisim. Perkara ini telah dijelaskan dalam kitab al-Luma’, karangan

Abu Hassan Al-Asya’ari (terjemahan):

“Masalah: sekiranya seseorang berkata atau bertanya, “Kenapakah kamu mengingkari (tidak menerima) bahawa Allah S.W.T. itu adalah jisim?”

Dikatakan (dijawab) baginya, “Kami mengingkarinya kerana orang yang berpendapat bahawa Allah S.W.T. berjisim (pastinya menisbahkan

Allah S.W.T.) dengan panjang, lebar dan luas (ini sifat-sifat bagi jisim).

Sedangkan (penisbahan Allah S.W.T.) dengan panjang, lebar; luas dan dalam adalah tidak harus (haram kerana menyerupai makhluk). Demikian juga berhimpun dan (bercerai) yang biasanya disebut sebagai ciri-ciri jisim tidak harus (dinisbahkan kepada Allah S.W.T.), dan jika dia kehendaki

(dengan soalannya tadi), kenapakah tidak kamu namakan dia (Allah

S.W.T.) itu sebagai jisim walaupun tidaklah ia (Allah S.W.T.) itu panjang, lebar dan berhimpun? Maka (jawabnya) nama-nama itu tidaklah boleh

(disandarkan) kepada kita. Dan tidaklah harus kita namakan Allah S.W.T.

itu dengan satu nama yang Allah S.W.T. sendiripun tidak menamakan zatNya dengan nama tersebut, dan tidak juga Rasulnya menamakan sebegitu, dan tidak juga umat Islam ijma’ atasnya dan tidak juga atas pengertiannya…”

Section 6 — Fatwa di bawah seksyen 48 | mylaw.my