/akn/my-08/state_gazette/unknown/prkgn20-01-y2014/no-2522
FATWA MENGENAI HUKUM PELANCONG BUKAN ISLAM MEMASUKI MASJID
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
- Type
- State Subsidiary Legislation
- Status
- In force
Quick answer
About this state subsidiary legislation
FATWA MENGENAI HUKUM PELANCONG BUKAN ISLAM MEMASUKI MASJID is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 2522, currently marked in force.
Opening note
Preamble
- Bahawasanya Jawatankuasa Fatwa, pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen 36 dan seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 [Enakmen 4 tahun 2004], telah menyediakan fatwa yang terkandung dalam ini; Dan Bahawasanya menurut seksyen 37 Enakmen yang sama, Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan telah memperkenankan penyiaran fatwa ini dalam Warta dan Kerajaan Negeri telah dimaklumkan tentang fatwa ini; Maka, oleh yang demikian, pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004, Jawatankuasa Fatwa, dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan, membuat dan menyiarkan fatwa yang berikut: “Pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid. Perlakuan serta tingkah laku mereka hendaklah tidak mencemarkan kesucian masjid, sentiasa terkawal dan beradab. Walau bagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam di dalam masjid mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang”. Bertarikh 24 September 2014 [MNPK.A351.IST/01/7 JLD3; PU.Pk.07/2001] Dengan Titah Perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Haji Harussani bin Haji Zakaria Mufti dan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Darul Ridzuan dicetak oleh percetakan nasional malaysia berhad, cawangan ipoh, perak darul ridzuan bagi pihak dan dengan perintah kerajaan malaysia Hakcipta Pencetak H