/akn/my-08/state_gazette/unknown/pkgn016y2001/no-509

FATWA TENTANG KANDUNGAN BUKU “PERSAUDARAAN ILMU DALAM

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Open source PDF
Type
State Subsidiary Legislation
Status
In force
Sections
1

Quick answer

About this state subsidiary legislation

FATWA TENTANG KANDUNGAN BUKU “PERSAUDARAAN ILMU DALAM is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 509, currently marked in force.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen 34(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992 [En. 2/92], dan dibaca bersama subseksyen 34(2), Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan setelah berbincang dengan Jawatankuasa Syariah “Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak Darul Ridzuan” pada 9 Syaaban 1421 bersamaan 6 November 2000 dan atas titah perintah Duli Yang Mulia Sultan mengisytiharkan Fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL

(1)

Kandungan buku bertajuk “Persaudaraan Ilmu Dalam Al-Maunah Malaysia

Seni Bela Diri Warisan Islam (sumber kekuatan batin)” karangan Syeikh

Muhamad Amin Bin Mohd Razali didapati mengandungi perkara-perkara yang meragukan dan menyalahi ajaran Agama Islam yang sebenar. Oleh yang demikian umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu dan buku itu wajib diharamkan dan pengamalnya wajib bertaubat.

(2)

Bagi orang-orang Islam yang telah membaca, menyebar dan mengamalkan ajaran itu di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

Dibuat pada 2 Julai 2001.

[M.N. Pk. A351/14/5; PU. PK. 07/2001.]

DENGAN TITAH PERINTAH DULI

YANG MAHA MULIA SULTAN

DATO’ SERI HAJI HARUSSANI BIN HAJI ZAKARIA

Mufti Negeri Perak

WARTA KERAJAAN NEGERI PERAK

2hb Ogos 2001]

611

No. 510.

AKTA EKSAIS 1976

(Akta 176)

MESYUARAT LEMBAGA PELESENAN (EKSAIS) HULU PERAK

Dengan ini diberitahu bahawa Lembaga Pelesenan (Eksais) Daerah Hulu Perak akan mengadakan persidangannya di Bilik Gerakan Pejabat Daerah, Gerik pada hari Selasa 10-7-2001 jam 10.00 pagi bagi menimbangkan permohonan-permohonan lesen baru/pembaharuan/pindahmilik lesen bagi tempoh setengah tahun kedua tahun 2000.

2.

Permohonan menggunakan borang (Eksais 27) dalam empat (4) salinan hendaklah dikemukakan kepada Pengerusi Lembaga Pelesenan (Eksais) Daerah

Hulu Perak, d/a Pejabat Daerah, Hulu Perak, 33300 Gerik pada atau sebelum 31-5-2001.

3.

Permohonan lesen baru hendaklah disertakan dengan salinan Sijil Pendaftaran

Perniagaan yang sah dan hendaklah mempamerkan satu salinan permohonannya di premis yang hendak dilesenkan tidak kurang dari dua (2) minggu sebelum tarikh persidangan. Permohonan hendaklah juga diiklankan dalam sebuah akhbar berbahasa Melayu dengan perbelanjaan sendiri.

4.

Bantahan terhadap permohonan lesen baru hendaklah dikemukakan kepada

Pengerusi, Lembaga Pelesenan (Eksais) Daerah Hulu Perak, Gerik dan Ketua

Polis Daerah Hulu Perak, Gerik selewat-lewatnya tujuh (7) hari sebelum tarikh persidangan.

Bertarikh 22 Jun 2001.

[P.D.Hu.Pk. 208 Bhg. 17.]

MAHMOD BIN HJ. MORSIDI

Pengerusi,

Lembaga Pelesen (Eksais),

Daerah Hulu Perak

KANUN TANAH NEGARA

Akta 56 tahun 1965