Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Apa-apa perintah di bawah seksyen 3 hendaklah disiarkan dalam Warta dan, hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin selepas itu, dibentangkan di Dewan Rakyat, dan jika, dalam persidangan Dewan Rakyat yang berikutnya selepas apa-apa perintah sedemikian dibentangkan, suatu ketetapan diluluskan bagi membatalkan perintah itu atau mana-mana bahagianannya, perintah itu atau manamana bahagian daripadanya hendaklah, tanpa menjejaskan keesahan apa-apa jua yang dilakukan terdahulu di bawahnya, terbatal mulai dari tarikh pemberitahuan dalam Warta berkenaan dengan kelulusan ketetapan itu.