Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Jalan-jalan, jambatan-jambatan dan feri-feri yang dinyatakan atau yang disebut dalam pengisytiharan yang dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi pada empat belas haribulan Ogos 1957, menurut Butiran 91 Jadual Kedua Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan disiarkan sebagai Pemberitahuan Undang-Undang 339 tahun 1957, adalah dengan ini diisytiharkan sebagai persekutuan, dan pengisytiharan itu hendaklah, bagi maksud pindaan, pengubahan atau pembatalannya, disifatkan sebagai suatu perintah yang dibuat dengan sempurnanya di bawah seksyen 3 dan 4.