Malaysia legislation

Section 24

of *AKTA MAKANAN HAIWAN 2009

Seksyen 24

(a)

mana-mana premis telah digunakan atau akan digunakan bagi; atau

(b)

ada di dalam mana-mana premis keterangan yang perlu bagi penjalanan siasatan mengenai, pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, Majistret boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa mana-mana pegawai diberi kuasa yang dinamakan dalam waran itu, pada bila-bila masa yang munasabah, sama ada pada waktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan, untuk memasuki premis itu dan jika perlu dengan menggunakan kekerasan.

Makanan Haiwan 23

(2)

Waran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) boleh memberi kuasa pegawai diberi kuasa untuk—

(a)

menggeledah premis, dan menyita apa-apa makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, peralatan, buku, dokumen atau benda lain yang dengan semunasabahnya dipercayai dapat memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu;

(b)

mengambil sampel apa-apa makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan atau benda lain yang dijumpai di dalam premis itu bagi maksud menentukan dengan ujian atau selainnya, sama ada kesalahan itu telah dilakukan; dan

(c)

membuat salinan atau mengambil cabutan daripada apa-apa buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dijumpai di dalam premis itu.

(3)

Seseorang pegawai diberi kuasa yang memasuki mana-mana premis di bawah seksyen ini boleh membawa bersama-samanya mana-mana orang lain dan kelengkapan sebagaimana yang didapatinya perlu.

(4)

Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini, jika perlu untuk berbuat demikian—

(a)

memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam premis itu atau mana-mana pagar, kepungan, pintu pagar atau halangan lain ke premis itu, untuk masuk ke dalam premis itu;

(b)

mengalihkan dengan menggunakan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan dan pengalihan sebagaimana yang dia diberi kuasa untuk melakukannya di bawah seksyen ini; dan

(c)

menahan mana-mana orang yang dijumpai di dalam premis itu sehingga penggeledahan itu selesai.

(5)

Jika oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, tidaklah praktik untuk mengalihkan apa-apa makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau benda lain yang disita di bawah seksyen ini, pegawai diberi kuasa itu hendaklah mengelak pengangkut, bekas atau premis yang di dalamnya makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, buku, dokumen atau benda lain itu dijumpai.

Undang-Undang Malaysia 24

Akta 698

Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran