Malaysia legislation
Section 43
Seksyen 43
Tidak mematuhi perintah yang sah
Mana-mana orang yang tidak mematuhi apa-apa perintah bertulis yang dikeluarkan oleh Menteri atau Lembaga atau mana-mana pegawai diberi kuasa melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.