Malaysia legislation

Section 53

of *AKTA MAKANAN HAIWAN 2009

Seksyen 53

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

(2)

Khususnya, dan tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi maksud yang berikut:

(a)

untuk menetapkan kelayakan, kelakuan dan tugas juruanalisis;

(b)

untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan permohonan, pembaharuan, penggantungan dan pembatalan lesen untuk mengimport makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan;

(c)

untuk menetapkan terma, syarat dan sekatan bagi lesen untuk mengimport makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan;

(d)

untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan spesifikasi dan piawaian makanan haiwan dan membuat peruntukan untuk melaksanakan spesifikasi dan piawaian itu;

(e)

untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan pengangkutan, penstoran, penyimpanan, pelabelan dan pembungkusan makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan;

(f)

untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan penggunaan bahan tambahan makanan haiwan, antibiotik, hormon atau bahan kimia lain;

Undang-Undang Malaysia 40

Akta 698

(g)

untuk mengawal selia pembuatan, penjualan, pengiklanan dan penggunaan makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan;

(h)

untuk menetapkan kaedah menganalisis makanan haiwan dan bentuk perakuan analisis;

(i)

untuk menetapkan makmal dan mengadakan peruntukan bagi fungsinya;

(j)

untuk menetapkan fi yang kena dibayar di bawah Akta ini;

(k)

untuk menetapkan kesalahan yang boleh dikompaun; dan

(l)

untuk memperuntukkan apa-apa perkara lain yang dimaksudkan oleh, atau perlu bagi melaksanakan sepenuhnya, peruntukan Akta ini dan untuk pentadbiran sewajarnya.

(3)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (2)

boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.

Peruntukan peralihan

Section 53 — FEED ACT 2009 | mylaw.my