Malaysia legislation

Section 38

of AKTA KEWANGAN 2006

Seksyen 38

Pindaan Jadual 2

(a)

dengan menggantikan perenggan 16 dengan perenggan yang berikut:

“16.  Jika sesuatu kontrak bagi melupuskan sesuatu aset adalah bersyarat dan syarat itu dipenuhi (dengan menjalankan hak di bawah suatu opsyen atau selainnya), maka perolehan dan pelupusan aset itu hendaklah dikira sebagai berlaku pada masa kontrak itu dibuat, melainkan jika—

(a)

pemerolehan atau pelupusan itu memerlukan kelulusan

Kerajaan atau suatu pihak berkuasa atau jawatankuasa yang dilantik oleh Kerajaan, tarikh pelupusan itu hendaklah menjadi tarikh kelulusan itu; atau

(b)

kelulusan yang disebut dalam subperenggan (a) adalah bersyarat, tarikh pelupusan itu hendaklah menjadi tarikh apabila syarat terakhir syarat-syarat itu dipenuhi.”;

dan

(b)

dengan memasukkan selepas perenggan 17 perenggan yang berikut:

“Pemindahmilikan aset kepada stok 17a.  Walau apa pun peruntukan lain Akta ini—

(a)

jika sesuatu aset diperoleh atau dipegang oleh seseorang diambil kira dalam stok perniagaan orang itu, maka hendaklah disifatkan menjadi suatu pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai; dan

(b)

harga pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai hendaklah sama dengan nilai pasaran pada tarikh aset itu menjadi stok.”.