Malaysia legislation

Section 51

of AKTA KEWANGAN 2006

Seksyen 51

Akta Cukai Perkhidmatan 1975 dipinda dalam seksyen 21b—

(a)

dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan

“Pulangan balik” perkataan “hutang ragu atau”;

(b)

dalam perenggan (1)(b), dengan memasukkan selepas perkataan “orang itu” perkataan “telah diperuntukkan dalam akaunnya sebagai hutang ragu atau”; dan

Kewangan 29

(c)

dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:

“(4) Bagi maksud seksyen ini—

“hutang lapuk” ertinya baki amaun bayaran yang berkenaan dengan penyediaan perkhidmatan yang kena dibayar cukai termasuk cukai perkhidmatan yang kena dibayar kepada orang itu tetapi belum dibayar kepada, dan tidak boleh didapatkan oleh, orang itu;

“hutang ragu” ertinya suatu peruntukan yang dibuat berkenaan dengan baki amaun bayaran dalam akaun orang itu selaras dengan prinsip perakaunan yang diterima umum.”.

30

Undang-Undang Malaysia

Akta 661

Akta 661

AKTA Kewangan 2006

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

– Tiada –

Kewangan 31

Akta 661

AKTA Kewangan 2006

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

– Tiada –