Malaysia legislation
Section 33
Seksyen 33
Pindaan seksyen 15
Seksyen 15 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:
“(4a) Walau apa pun subseksyen (4), Ketua Pengarah boleh, menurut budi bicaranya atas apa-apa sebab yang baik yang diberikan, meremitkan kesemua atau mana-mana bahagian jumlah wang yang disebut dalam subseksyen itu dan, jika jumlah wang yang diremitkan itu telah dibayar,
Ketua Pengarah hendaklah membayar balik jumlah wang itu.”.