Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Akta ini” termasuklah peraturan-peraturan dan perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta ini;
“bahaya kebakaran” ertinya—
(a)
apa-apa pengubahan yang menyalahi undang-undang pada mana-mana bangunan yang mungkin menjadikan pelepasan diri dari mana-mana bahagiannya sekiranya berlaku kebakaran secara materialnya lebih sukar atau kurang mudah daripada yang sepatutnya jika pengubahan itu tidak dibuat;
(b)
kesesakan mana-mana tempat hiburan awam atau perhimpunan awam yang mungkin menjadikan pelepasan diri dari mana-mana bahagiannya sukar sekiranya berlaku kebakaran;
(c)
apa-apa pengalihan dari, atau ketiadaan dalam, mana-mana bangunan apa-apa kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran yang dikehendaki oleh undang-undang supaya diadakan di dalam bangunan itu;
(d)
adanya di dalam atau di luar mana-mana bangunan apa-apa kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran atau apa-apa kemudahan, yang dipasang mengikut kehendak mana-mana undang-undang bertulis atau sebagaimana yang dikehendaki oleh Jabatan
Bomba dan Penyelamat, yang tidak berada dalam keadaan baik;
(e)
jalan keluar yang tidak mencukupi dari mana-mana bahagian sesuatu bangunan ke mana-mana tempat, sama ada di dalam atau di luar bangunan itu, yang memberikan keselamatan kepada orang sekiranya berlaku kebakaran;
atau 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 10 25/07/2023 9:21 AM
Perkhidmatan Bomba 11
(f)
apa-apa perkara atau hal keadaan lain yang secara materialnya meningkatkan kemungkinan berlakunya kebakaran atau bahaya kepada nyawa atau harta akibat daripada berlakunya kebakaran, atau yang secara materialnya akan mengganggu Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam menjalankan tugasnya sekiranya berlaku kebakaran;
“bencana” ertinya suatu kejadian yang disebabkannya nyawa atau harta terancam atau mungkin akan terancam;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa Kumpulan Wang Kebajikan
Jabatan Perkhidmatan Bomba yang ditubuhkan di bawah seksyen 48a;
“kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran” ertinya apa-apa kelengkapan atau pepasangan bagi—
(a)
memadam, menentang, mencegah atau mengehadkan kebakaran;
(b)
memberikan amaran tentang sesuatu kebakaran;
(c)
mengadakan laluan masuk ke mana-mana premis atau tempat atau ke mana-mana bahagiannya bagi maksud memadam, menentang, mencegah atau mengehadkan kebakaran;
(d)
mengadakan bekalan kuasa kecemasan sekiranya berlaku gangguan kuasa biasa;
(e)
mengadakan lampu kecemasan bagi maksud melepaskan diri dari bangunan;
(f)
menunjukkan arah ke suatu laluan kecemasan atau tempat berlindung;
(g)
mengadakan jalan keluar yang cukup dan selamat bagi maksud pengungsian atau pengeluaran penghuni sekiranya berlaku kebakaran; atau
(h)
mengawal merebaknya asap akibat daripada kebakaran;
0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 11 25/07/2023 9:21 AM
Undang-Undang Malaysia 12
Akta 341
“kenderaan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333];
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat yang dilantik menurut subseksyen 3(2);
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Kebajikan Jabatan
Perkhidmatan Bomba yang ditubuhkan di bawah seksyen 48;
“pelanggaran” termasuklah kegagalan mematuhi, dan “melanggar”
mempunyai makna yang bersamaan;
“mahkamah” ertinya mahkamah Majistret Kelas Pertama;
“Negeri” termasuklah Wilayah Persekutuan;
“notis” ertinya suatu notis secara bertulis;
“Pasukan Bomba Sukarela” ertinya Pasukan Bomba Sukarela yang ditubuhkan di bawah seksyen 4B;
“Pegawai Bomba” ertinya orang yang diambil khidmat dalam
Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk melaksanakan tugas yang pada melaksanakannya dia dikehendaki atau dibenarkan untuk memakai pakaian seragam;
“Pegawai Bomba Bantuan” ertinya seorang Pegawai Bomba
Bantuan yang dilantik di bawah seksyen 4;
“pegawai diberi kuasa” ertinya Ketua Pengarah dan mana-mana
Pegawai Bomba atau Pegawai Bomba Bantuan yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah secara bertulis untuk bertindak di bawah peruntukan Akta ini;
“Pegawai Kanan Bomba” ertinya seorang Pegawai Bomba daripada apa-apa pangkat daripada dan termasuk Ketua Pengarah ke bawah hingga dan termasuk Penolong Penguasa Bomba;
“pemunya”, berhubung dengan mana-mana premis, ertinya—
(a)
tuan punya berdaftar premis itu;
(b)
jika tuan punya berdaftar premis itu tidak dapat dikesan, ejennya atau pemegang amanahnya;
0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 12 25/07/2023 9:21 AM
Perkhidmatan Bomba 13
(c)
jika tuan punya berdaftar premis itu telah mati, wakil dirinya di sisi undang-undang;
(d)
jika tiada mana-mana orang yang disebut dalam perenggan
(a)
, (b) dan (c) wujud, orang yang pada masa ini menerima sewa premis itu, sama ada bagi dirinya sendiri atau sebagai ejen atau pemegang amanah seseorang yang lain atau sebagai seorang penerima, atau yang sepatutnya menerima sewa itu jika premis itu disewakan;
“Pendaftar” ertinya Ketua Pengarah;
“Pengarah” termasuklah Pengarah Negeri;
“Pengarah Negeri” ertinya Pengarah Bomba dan Penyelamat yang dilantik bagi sesuatu Negeri menurut subseksyen 3(3);
“perakuan bomba” ertinya perakuan bomba yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah di bawah subseksyen 29(4);
“perintah tutup” ertinya suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen 13 yang melarang apa-apa penggunaan mana-mana premis sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu, yang penggunaannya boleh secara materialnya meningkatkan kemungkinan terjadinya kebakaran atau bahaya kepada nyawa atau harta akibat daripada berlakunya kebakaran di dalam atau ke atas premis itu atau premis lain;
“pihak berkuasa air” ertinya mana-mana orang atau badan yang diberi kuasa atau dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang bertulis untuk membekalkan air dan mengenakan caj bagi bekalan itu;
“premis” termasuklah mesuaj, rumah, bangunan atau bahagian sesuatu bangunan, tanah, tenemen, isemen dan hereditamen daripada apa-apa pemegangan, sama ada terbuka atau terkepung, sama ada terdapat binaan atau tidak, sama ada awam atau persendirian, dan sama ada disenggara di bawah pihak berkuasa berkanun atau tidak;
“premis ditetapkan” ertinya premis yang penggunaan, saiz atau tempatnya, telah ditetapkan di bawah seksyen 27 bagi maksud pengeluaran perakuan bomba;
0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 13 25/07/2023 9:21 AM
Undang-Undang Malaysia 14
Akta 341
“tugas khas” ertinya apa-apa tugas atau perkhidmatan yang diberikan oleh mana-mana Pegawai Bomba, Pegawai Bomba
Bantuan atau Pegawai Bomba Sukarela, selain tugas menentang kebakaran atau kecemasan, sebagaimana yang dibenarkan oleh
Ketua Pengarah di bawah seksyen 50;
“vesel” termasuklah tiap-tiap jenis vesel stim atau layar, hulk, jong, bot, sampan atau apa-apa jenis rakit yang digunakan untuk mengangkut orang atau benda melalui air atau untuk penstoran.