Malaysia legislation

Section 10

of *AKTA PERIKANAN 1985

Seksyen 10

(a)

menandakan dengan kekal vesel penangkapan ikan dengan apa-apa huruf dan nombor atau cara pengenalan lain sebagaimana yang diserah hak kepadanya oleh Ketua

Pengarah mengikut apa-apa cara yang ditetapkan dalam peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

(b)

kerakyatan dan bilangan orang yang akan diambil kerja atau yang dibawa dalam vesel penangkapan ikan; dan

(c)

selain dari mematuhi kehendak mana-mana undang-undang bertulis lain yang mungkin terpakai, kehendak yang menyatakan bahawa seseorang yang bukan warganegara

Malaysia tidaklah boleh melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti penangkapan ikan yang berhubung dengan vesel penangkapan ikan tanpa mendapat kelulusan bertulis daripada Ketua Pengarah.

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 317

(2)

Ketua Pengarah boleh dari semasa ke semasa mengubah syarat lesen yang dikeluarkan di bawah Bahagian ini jika dia berpuas hati bahawa adalah perlu atau bermanfaat untuk berbuat demikian bagi pengurusan perikanan yang sempurna, tetapi notis yang wajar tentang perubahan yang dicadangkan itu hendaklah diberi kepada pemegang lesen yang, jika dia berhasratkan sedemikian, adalah mempunyai hak untuk didengar dalam tempoh sebagaimana yang dibenarkan oleh

Ketua Pengarah.

(3)

Sesuatu perakuan yang dibuat oleh Ketua Pengarah yang menyatakan bahawa sesuatu syarat dalam lesen telah dikenakan atau apa-apa perubahannya telah dibuat bagi pengurusan perikanan yang sempurna adalah menjadi bukti muktamad dalam mana-mana prosiding undang-undang.

(4)

(a)

Ketua Pengarah boleh dari semasa ke semasa melalui notis dalam Warta mengeluarkan arahan berhubungan dengan pengurusan perikanan yang sempurna yang hendaklah dipatuhi oleh tiap-tiap orang yang kepadanya arahan itu terpakai.

(b)

Arahan seperti itu hendaklah juga dipamerkan di mana-mana tempat awam dan selama apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

Lesen berkenaan dengan vesel penangkapan ikan tempatan, belat ikan, peralatan menangkap ikan, peranti mengumpul ikan atau sistem kultur laut