Malaysia legislation

Section 13

of *AKTA PERIKANAN 1985

Seksyen 13

(2)

Ketua Pengarah hendaklah enggan mengeluarkan lesen berkenaan dengan sesuatu vesel penangkapan ikan tempatan dalam mana-mana hal yang berikut:

(a)

jika vesel itu dikehendaki supaya didaftarkan di bawah undang-undang yang berhubung dengan perkapalan dagang tetapi belum lagi didaftarkan sedemikian;

(b)

jika vesel itu dikehendaki mempunyai suatu perakuan pemeriksaan yang sah yang dikeluarkan berkenaan dengannya di bawah undang-undang yang berhubung dengan perkapalan dagang tetapi tidak mempunyai perakuan itu;

(c)

jika vesel itu tidak layak belayar dan tidak layak digunakan bagi maksud menangkap ikan atau tidak mematuhi apa-apa kehendak sebagaimana yang boleh dipakai berkenaan dengan pelayaran piawai keanggotaannya, atau keselamatan di laut di bawah Akta ini, atau mana-mana undang-undang lain atau di bawah mana-mana konvensyen yang Malaysia menjadi satu pihak.

(3)

Ketua Pengarah boleh enggan mengeluarkan atau membaharui mana-mana lesen di bawah Akta ini atau boleh membatalkan, atau menggantung selama suatu tempoh yang difikirkannya patut, mana-mana lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini jika terdapat pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana syarat lesen.

(4)

Mana-mana orang yang terkilan dengan keengganan Ketua

Pengarah untuk mengeluarkan atau membaharui mana-mana lesen di bawah Akta ini atau dengan penggantungan atau pembatalan mana-mana lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini boleh merayu kepada

Menteri mengikut cara yang ditetapkan terhadap keengganan, penggantungan atau pembatalan itu dalam tempoh tiga puluh hari selepas tarikh keengganan, penggantungan atau pembatalan itu.

(5)

Menteri boleh, selepas mendengar rayuan itu, membuat apa-apa perintah terhadapnya sebagaimana yang difikirkannya patut, dan perintah itu adalah muktamad.

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 317

(6)

Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (5)

hendaklah mengambil kira apa-apa skim untuk membataskan usaha menangkap ikan yang peruntukan dibuat baginya dalam mana-mana rancangan perikanan yang tersebut dalam Bahagian III.

Tempoh kesahan lesen dan tidak boleh dipindah hak milik