Malaysia legislation

Section 47

of *AKTA PERIKANAN 1985

Seksyen 47

(a)

memasuki dan menggeledah mana-mana tempat yang dia ada sebab bagi mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini hampir dilakukan atau telah dilakukan;

(b)

mengambil sampel mana-mana ikan yang didapati dalam mana-mana vesel atau kenderan yang diperiksa di bawah seksyen 46 atau mana-mana tempat yang digeledah di bawah perenggan (a);

(c)

menangkap mana-mana orang yang dia ada sebab bagi mempercayai telah melakukan suatu kesalahan di bawah

Akta ini;

Perikanan 55

(d)

menyita mana-mana vesel, termasuk kelengkapan, alat, perabot, alatan bersangkutan, storan dan kargo, atau apa-apa kenderaan yang dia ada sebab bagi mempercayai telah digunakan semasa melakukan apa-apa kesalahan atau yang berhubungan dengannya apa-apa kesalahan telah dilakukan di bawah Akta ini;

(e)

menyita mana-mana ikan yang dia ada sebab bagi mempercayai telah ditangkap semasa melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini;

(f)

menyita apa-apa bahan letupan, racun, pencemar, perkakas atau alat yang dilarang yang dia ada sebab bagi mempercayai telah digunakan, atau berada dalam milikan seseorang, dengan melanggar seksyen 26; atau

(g)

menyita mana-mana vesel penangkapan ikan yang tidak berlesen, belat ikan, peralatan menangkap ikan, peranti mengumpul ikan atau sistem kultur laut.

(2)

Semasa melaksanakan apa-apa jua penyitaan di bawah subseksyen (1), seseorang pegawai diberi kuasa boleh menggunakan kekerasan yang semunasabahnya perlu.

(3)

Suatu akuan terima bertulis hendaklah diberi berkenaan dengan apa jua benda yang disita di bawah subseksyen (1).

Kuasa penyiasatan pegawai perikanan