Malaysia legislation

Section 51

of *AKTA PERIKANAN 1985

Seksyen 51

Jika mana-mana vesel, kenderaan, benda atau barang ditahan dalam jagaan Kerajaan Malaysia sementara menunggu selesainya sesuatu prosiding berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, kos menahan vesel, kenderaan, benda atau barang dalam jagaan itu hendaklah, sekiranya mana-mana orang didapati bersalah melakukan kesalahan itu, menjadi suatu hutang yang kena dibayar kepada

Kerajaan Malaysia secara bersesama dan berasingan oleh pemegang lesen, pemegang permit, pemunya, dan nakhoda vesel itu dan boleh didapatkan kembali dengan sewajarnya.

60 Undang-Undang Malaysia AKTA 317

Rampasan dan pelupusan vesel, dsb.