Malaysia legislation

Section 56

of *AKTA PERIKANAN 1985

Seksyen 56

(a)

mana-mana ikan; atau

(b)

peralatan menangkap ikan atau kelengkapan lain untuk menangkap ikan, dijumpai di atas vesel penangkapan ikan asing di perairan perikanan

Malaysia, maka ikan, peralatan menangkap ikan atau kelengkapan itu, mengikut mana yang berkenaan, hendaklah masing-masing dianggap, melainkan jika dibuktikan sebaliknya—

(i)

telah ditangkap di perairan perikanan Malaysia; atau

(ii)

telah digunakan untuk menangkap ikan di perairan perikanan Malaysia, tanpa suatu permit yang dikeluarkan di bawah Akta ini.

(2)

Suatu panggilan radio yang dibuat oleh vesel penangkapan ikan asing kepada seseorang pegawai diberi kuasa sebelum memasuki perairan perikanan Malaysia—

(a)

yang memberitahu bahawa vesel itu sedang membuat laluannya melalui perairan perikanan Malaysia; dan

(b)

yang memberitahu jalannya yang dicadangkan dan banyaknya ikan di atas vesel, dan menunjukkan bukti, jika vesel itu dihentikan, dinaiki dan digeledah di bawah seksyen 46, bahawa—

(i)

ikan di atas vesel itu disimpan dalam geladak tertutup;

(ii)

peralatan menangkap ikan atau lain-lain kelengkapan untuk menangkap ikan itu disimpan dan dilindungi dengan sempurnanya di atas vesel

(i)

Perikanan 63

itu supaya ianya tidak mudah didapati untuk menangkap ikan; dan

(iii)

vesel itu sedang belayar melalui perairan perikanan

Malaysia dari suatu tempat di luar perairan itu ke suatu tempat lain di luar perairan itu melalui jalan paling pendek yang praktik, adalah mencukupi untuk menjadi suatu pembelaan dalam pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini.