Malaysia legislation
Section 3
of AKTA WAKIL NEGARA ASING (KEISTIMEWAAN DAN KEKEBALAN) 1967
Seksyen 3
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagai menghalang Yang di-Pertuan Agong dari menolak memberikan keistimewaan atau kekebalan kepada, atau dari menarikbalik keistimewaan atau kekebalan itu daripada, wakil mana-mana negara asing oleh sebab negara itu gagal memberikan keistimewaan dan kekebalan yang bersamaan kepada wakil-wakil Persekutuan.