Malaysia legislation

Section 28

of *AKTA ZON BEBAS 1990

Seksyen 28

(a)

mana-mana orang yang didapati melakukan atau cuba hendak melakukan, atau mengambil kerja atau menolong

32

Undang-Undang Malaysia mana-mana orang untuk melakukan, atau bersubahat melakukan, suatu kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya;

(b)

mana-mana orang yang disyaki semunasabahnya sebagai mempunyai dalam milikannya apa-apa barang yang boleh disita di bawah Akta Kastam 1967, Akta Eksais 1976 atau Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya; atau

(c)

mana-mana orang yang terhadapnya wujud syak yang munasabah bahawa dia telah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta Kastam 1967, Akta Eksais 1976 atau Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, dan boleh memeriksa atau menyebabkan diperiksa mana-mana orang yang ditangkap sedemikian:

Dengan syarat bahawa tiada seorang perempuan pun boleh diperiksa kecuali oleh seorang perempuan lain dengan betul-betul mengambil kira kehendak kesopanan.

(2)

Tiap-tiap orang yang ditangkap sedemikian boleh dilepaskan daripada jagaan—

(a)

apabila dia mendepositkan apa-apa jumlah wang yang munasabah sebagaimana yang dikehendaki oleh seorang pegawai kastam yang hak;

(b)

apabila dia menyempurnakan suatu bon, dengan suatu penjamin atau penjamin-penjamin, sebagaimana yang dikehendaki oleh seorang pegawai kastam yang hak; atau

(c)

apabila dia mendepositkan apa-apa jumlah wang yang munasabah sebagaimana yang dikehendaki oleh seorang pegawai kastam yang hak dan dia menyempurnakan suatu bon, dengan suatu penjamin atau penjamin-penjamin, sebagaimana yang dikehendaki oleh seorang pegawai kastam yang hak.

(3)

Mana-mana orang yang telah dilepaskan daripada jagaan di bawah subseksyen (2) boleh ditangkap tanpa waran oleh mana-mana

Zon Bebas 33

pegawai kastam—

(a)

jika pegawai itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana syarat yang berdasarkannya atau yang tertakluk padanya orang itu telah dilepaskan atau selainnya dibenarkan dijamin telah atau mungkin dilanggar; atau

(b)

apabila diberitahu secara bertulis oleh penjamin orang itu bahawa orang itu mungkin melanggar mana-mana syarat yang berdasarkannya atau yang tertakluk padanya orang itu telah dilepaskan dan bahawa penjamin itu hendak dibebaskan daripada obligasinya sebagai penjamin.

Peruntukan yang berhubungan dengan penangkapan tanpa waran