Malaysia legislation

Section 12

of AKTA BEKALAN GAS 1993

Seksyen 12

(2)

Sesuatu lesen boleh pada bila-bila masa digantung atau dibatalkan oleh Suruhanjaya apabila berlaku pelanggaran mana-mana syarat lesen itu atau keingkaran membayar apa-apa wang yang terakru dan kena dibayar di bawahnya, atau jika pemegang lesen terhenti mengerjakan atau mengendalikan talian paip atau pepasangan yang dia diberi kuasa untuk melakukannya di bawah lesen yang diberikan kepadanya:

Dengan syarat bahawa, jika sesuatu lesen telah digantung atau dibatalkan di bawah subseksyen ini pemegang lesen boleh, jika dia berpendapat bahawa dia telah menanggung atau mungkin akan menanggung kesusahan tidak wajar disebabkan oleh penggantungan atau pembatalan itu, merayu kepada Menteri terhadap penggantungan atau pembatalan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan keputusan Menteri mengenai rayuan itu adalah muktamad.

(3)

Pemegang lesen tidaklah berhak mendapat pampasan bagi apa-apa kerugian hasil kepadanya yang disebabkan oleh penggantungan atau pembatalan lesen di bawah seksyen ini.

(4)

Apabila sesuatu lesen digantung, Suruhanjaya boleh—

(a)

menghendaki pemegang lesen membetulkan apa-apa pelanggaran mana-mana syarat lesen itu atau membayar apa-apa wang yang terakru yang kena dibayar di bawahnya dalam sesuatu tempoh tertentu yang dinyatakan; dan/

atau

(b)

demi kepentingan awam, memberi kuasa seorang lain meneruskan pengendalian talian paip atau pemasangan itu jika talian paip atau pepasangan itu atau mana-mana bahagiannya sudah beroperasi dalam tempoh penggantungan itu.

(5)

Sekiranya Suruhanjaya berpuas hati bahawa pemegang lesen telah mematuhi kehendak di bawah perenggan (4)(a)

penggantungan boleh ditarik balik dan pemegang lesen boleh dibenarkan meneruskan pembinaan atau pengendalian talian paip atau pepasangan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan. Jika

Suruhanjaya tidak berpuas hati, Suruhanjaya boleh membatalkan lesen itu.

(6)

Apabila sesuatu lesen dibatalkan, Suruhanjaya boleh—

(a)

menghendaki pemegang lesen, dalam suatu tempoh masa yang munasabah, mengalihkan talian paip atau pepasangan itu dengan pemegang lesen itu menanggung kosnya;

Bekalan Gas 19

(b)

mengambil alih talian paip dan pepasangan itu atau sebahagian daripadanya dengan bayaran pampasan yang mencukupi kepada pemegang lesen itu dan melantik seorang pemegang lesen lain untuk menyiapkan pembinaan talian paip atau pepasangan itu atau membekalkan gas melalui talian paip atau pepasangan yang diambil alih itu, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau

(c)

memberi kuasa seorang pemegang lesen lain, dengan bayaran pampasan yang mencukupi, mengambil alih talian paip dan pepasangan itu atau sebahagian daripadanya dan menyiapkan pembinaannya atau membekalkan gas melalui talian paip atau pepasangan yang diambil alih itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(7)

Jika sesuatu lesen dibatalkan di bawah seksyen ini cagaran hendaklah terlucut hak sebagaimana yang difikirkan patut oleh

Suruhanjaya.

(8)

Dalam subseksyen (1)—

“kos pengendalian” ertinya semua kos yang dihitung oleh

Suruhanjaya sebagai kos mengendalikan pembekalan gas melalui mana-mana talian paip atau pepasangan, termasuk upah, kos bahan api, alat ganti, bayaran pekerja dan pelincir tetapi tidak termasuk kos modal atau pinjaman.