Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
(2)
Sesuatu cadangan tarif di bawah subseksyen (1) boleh termasuk—
(a)
suatu caj tetap sebagai tambahan kepada caj bagi gas yang sebenarnya dibekalkan;
Undang-Undang Malaysia 20
Akta 501
(b)
suatu caj berkenaan dengan adanya bekalan gas dan caj sedemikian boleh berubah mengikut takat bekalan;
dan
(c)
suatu sewa atau caj lain berkenaan dengan apa-apa meter gas atau pepasangan yang diadakan oleh pemegang lesen.
(3)
Sesuatu tarif yang diluluskan menurut subseksyen (1)—
(a)
hendaklah dirangkakan sedemikian rupa oleh pemegang lesen supaya menunjukkan cara-cara bagaimana dan prinsip yang berdasarkannya tarif akan dibuat serta juga harga yang akan dikenakan; dan
(b)
hendaklah disiarkan oleh pemegang lesen mengikut apa-apa cara yang akan memastikan publisiti yang mencukupi bagi tarif itu.
(4)
Dalam menetapkan tarif menurut subseksyen (1) dan dalam membuat perjanjian bagi pembekalan gas di bawah subseksyen 18(1), seseorang pemegang lesen tidak boleh menunjukkan keutamaan atau diskriminasi tidak wajar di kalangan pengguna atau orang yang dalam keadaan yang sama memandangkan tempat dan masa pembekalan, kuantiti gas yang dibekalkan dan maksud yang baginya bekalan diambil.
(5)
Dalam seksyen ini—
“caj tetap” ertinya caj tetap yang diluluskan oleh Suruhanjaya bagi pengadaan bekalan gas dan termasuk kos untuk menyenggara sistem.
Kewajipan untuk membekalkan gas apabila diminta