Malaysia legislation

Section 15

of AKTA BEKALAN GAS 1993

Seksyen 15

(a)

pembekalan itu bercanggah dengan mana-mana undang-undang;

(b)

di bawah perjanjian itu atau perjanjian khas itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dia dikecualikan sedemikian;

(c)

dia terhalang daripada berbuat demikian oleh kerosakan dan kegagalan mana-mana talian paip atau pepasangan yang di luar kawalannya, atau disebabkan oleh kebakaran, banjir, tanah runtuh, letupan, kemalangan, kekacauan industri di peringkat kebangsaan, darurat, rusuhan, kekacauan sivil atau peperangan, atau apa-apa peristiwa lain yang di luar kawalan pemegang lesen;

(d)

bekalan gas memang sedang dibekalkan; atau

(e)

Suruhanjaya berpendapat bahawa tidaklah munasabah, memandangkan semua hal keadaan, dia dikehendaki berbuat demikian.

(2)

Tiada apa-apa jua dalam perjanjian yang disebut dalam perenggan (1)(b) boleh membuat peruntukan bagi apa-apa kecualian daripada kewajipan supaya membekalkan gas selain keadaan apabila dia dihalang daripada memberikan bekalan sedemikian oleh sebab kebakaran, banjir, tanah runtuh, letupan, kemalangan,

Bekalan Gas 23

kekacauan industri di peringkat kebangsaan, darurat, rusuhan, kekacauan sivil atau peperangan atau apa-apa peristiwa serupa itu yang lain yang di luar kawalan pemegang lesen dan yang secara langsung menyentuh atau akan menyentuh keupayaannya untuk membekalkan gas.

Kuasa untuk mendapatkan kembali perbelanjaan