Malaysia legislation

Section 17

of AKTA BEKALAN GAS 1993

Seksyen 17

(a)

berkenaan dengan pembekalan gas; dan

(b)

berkenaan dengan apa-apa kerja perlu yang dikehendaki dilakukan bagi pembekalan gas, dan jika orang itu tidak memberikan cagaran sedemikian, pemegang lesen boleh, jika difikirkannya patut, enggan memberikan bekalan atau mengadakan talian paip atau pepasangan sehinggalah cagaran diberikan.

Undang-Undang Malaysia 24

Akta 501

(2)

Jika orang itu belum memberikan cagaran dalam subseksyen (1)

atau cagaran yang diberikan oleh orang itu menjadi tidak mencukupi, pemegang lesen boleh melalui notis menghendaki orang itu, dalam masa tujuh hari selepas penyampaian notis itu, memberinya cagaran yang munasabah bagi pembayaran semua wang yang kena dibayar kepadanya berkenaan dengan bekalan itu dan jika orang itu tidak memberikan cagaran sedemikian, pemegang lesen boleh, jika difikirkannya patut, memberhentikan bekalan sehinggalah cagaran diberikan.

Pemulangan cagaran dengan faedah 17a.  Walau apa pun mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini, seseorang pemegang lesen hendaklah membayar kepada seseorang tertakluk kepada syarat dan pada kadar yang ditetapkan, sejumlah wang yang bersamaan dengan bunga tahunan atas cagaran yang diberikan di bawah seksyen 17.

Perjanjian khas berkenaan dengan bekalan