Malaysia legislation
Section 1
Seksyen 1
(2)
Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia; bagaimanapun
Menteri boleh melalui perintah menggantung kuat kuasa keseluruhan atau mana-mana peruntukan Akta ini di mana-mana Negeri.
(3)
Akta ini hendaklah terpakai bagi pembekalan gas kepada pengguna melalui talian paip—
(a)
ke hilir dari bebibir penghujung stesen pintu kota; atau
(b)
dari sambungan pengisian tangki atau silinder penstoran yang digunakan khusus bagi penyeliratan atau penghantaran gas ke mana-mana radas di mana-mana premis.
Undang-Undang Malaysia 8
Akta 501
(4)
Dalam subseksyen (3)—
“stesen pintu kota” ertinya suatu stesen yang mempunyai kemudahan pengukuran dan pengaturan tekanan gas di mana gas diterima terus dari talian paip penghantaran gas dan kemudiannya dihantar melalui sistem pengagihan talian paip gas bagi pembekalan gas kepada pengguna;
“talian paip penghantaran” ertinya talian paip yang mengangkut gas dari alur keluar loji pemprosesan atau pangkalan penerima gas ke alur masuk stesen pintu kota.
Tafsiran