Malaysia legislation

Section 12

of AKTA BEKALAN GAS (PINDAAN) 2016

Seksyen 12

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 11

seksyen yang berikut:

“Permohonan bagi pemberian lesen 11a.  (1)  Seseorang boleh memohon kepada Suruhanjaya untuk mendapatkan suatu lesen bagi aktiviti yang disebut dalam seksyen 11 tertakluk kepada apa-apa fi yang ditetapkan yang boleh dikenakan oleh Suruhanjaya.

(2)

Mana-mana orang yang memohon untuk mendapatkan suatu lesen di bawah subseksyen (1) hendaklah mengemukakan kepada Suruhanjaya butir-butir yang berikut:

(a)

dalam hal suatu lesen bagi pengagihan, peruncitan atau penggunaan gas:

(i)

kawasan pembekalan;

(ii)

pelan lokasi tapak yang menunjukkan lokasi yang dicadangkan bagi premis yang hendak dipasang dengan talian paip dan kawasan sekitarnya;

(iii)

susun atur perpaipan yang menunjukkan butir-butir laluan talian paip termasuk lokasi apa-apa tangki atau silinder penstoran, sempadan tapak, dinding pesongan dan punca pencucuhan yang terdekat;

(iv)

spesifikasi teknikal talian paip atau sistem perpaipan;

(v)

pemerakuan bagi talian paip atau sistem perpaipan; dan

(vi)

apa-apa maklumat lain yang dikehendaki oleh

Suruhanjaya; dan

(b)

dalam hal suatu lesen bagi pengimportan ke terminal penggasan semula, penggasan semula, pengiriman gas atau pengangkutan gas, apa-apa butiran yang dikehendaki oleh Suruhanjaya.

(3)

Semua orang yang memohon untuk mendapatkan suatu lesen di bawah Akta ini hendaklah mematuhi prinsip dan tatacara yang ditetapkan oleh kod atau garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya bagi maksud membuat permohonan itu.

Bekalan Gas (Pindaan)

21

Pemberian lesen 11b.  (1)  Suruhanjaya boleh memberikan—

(a)

suatu lesen bagi penggasan semula atau pengagihan gas, dengan kelulusan Menteri; atau

(b)

suatu lesen bagi pengangkutan gas, kepada seseorang yang ditetapkan oleh Menteri; atau

(c)

suatu lesen bagi pengimportan ke terminal penggasan semula, pengiriman, peruncitan atau penggunaan gas, atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang didapati perlu atau suai manfaat dengan mengambil kira tugas yang dikenakan oleh seksyen 4 dan apabila dibayar apa-apa fi yang ditetapkan yang dikenakan oleh Suruhanjaya.

(2)

Suatu lesen tidak boleh diberikan kepada mana-mana orang—

(a)

jika pemberian lesen itu boleh, pada pendapat

Suruhanjaya, menimbulkan konflik kepentingan dalam pelaksanaan apa-apa tugas yang dikenakan ke atas orang itu di bawah Akta ini atau apa-apa lesen lain yang diberikan kepadanya di bawah seksyen ini; atau

(b)

yang tidak diperbadankan di Malaysia atau tidak mempunyai tempat perniagaan di Malaysia, kecuali lesen bagi pengimportan ke terminal penggasan semula.

(3)

Bagi maksud pemberian lesen di bawah seksyen ini, Suruhanjaya boleh memberikan lebih daripada satu lesen kepada mana-mana orang yang difikirkan sesuai oleh

Suruhanjaya.

(4)

Tiada lesen boleh dipindahmilikkan, diserahhakkan, disubserahhakkan atau selainnya dilupuskan melainkan jika keizinan bertulis Menteri atau Suruhanjaya telah diperoleh.

(5)

Tempoh lesen bolehlah sebagaimana yang diluluskan oleh Suruhanjaya dalam setiap kes.

Undang-Undang Malaysia 22

Akta A1515

(6)

Apa-apa lesen yang diberikan di bawah seksyen ini boleh meliputi penentuan kawasan aktiviti yang dilesenkan oleh Suruhanjaya.

(7)

Tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Negeri, apa-apa lesen yang diberikan di bawah seksyen ini boleh membenarkan pemegang lesen meletakkan, menempatkan atau membawa di atas, di bawah atau melalui tanah Kerajaan, setakat dan mengikut cara yang dinyatakan dalam lesen itu, apa-apa talian paip dan sistem perpaipan dan untuk membina dan menyenggara di dalam atau di atas tanah Kerajaan apa-apa kelengkapan lain yang pada pendapat Suruhanjaya adalah perlu atau patut bagi maksud lesen itu, dan tertakluk sentiasa kepada kelulusan Pihak Berkuasa Negeri, kebenaran tersebut boleh diberikan atau ditambah pada bila-bila masa dalam tempoh sah lesen itu.

Kuasa untuk mengenakan terma atau syarat tambahan 11c.  Suruhanjaya boleh pada bila-bila masa—

(a)

mengenakan apa-apa terma atau syarat tambahan ke atas sesuatu lesen, termasuklah lesen sedia ada; atau

(b)

meminda apa-apa terma atau syarat yang sebelum ini dikenakan ke atas mana-mana lesen, mengikut tatacara yang boleh ditetapkan.”.

Pindaan seksyen 12