Malaysia legislation
Section 21
Seksyen 21
Penggantian seksyen 19
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 19 dengan seksyen yang berikut:
“Caj bagi penggasan semula, pengangkutan, pengagihan atau peruncitan gas hendaklah ditentukan melalui meter yang sesuai
Quoted provision
Seksyen 19
(a)
sebagai pengguna yang menerima gas daripada pemegang lesen pengiriman atau peruncitan;
(b)
sebagai pemegang lesen persendirian yang menerima gas daripada pemegang lesen pengiriman;
(c)
sebagai pemegang lesen peruncitan yang menerima gas daripada pemegang lesen pengiriman; atau
(d)
bagi penggunaan kemudahan pemegang lesen penggasan semula, pengangkutan atau pengagihan olehnya, dengan merujuk kepada kuantiti gas yang terlibat, gas itu hendaklah dihantar melalui, dan kuantitinya gas itu hendaklah ditentukan melalui meter yang sesuai termasuklah meter prabayar, infrastruktur pemeteran automatik atau oleh telepemeteran.
(2)
Meter itu, yang disediakan oleh pemegang lesen penggasan semula, pengangkutan, pengagihan atau peruncitan, sama ada melalui jualan, sewaan atau pinjaman, hendaklah daripada jenis yang diluluskan oleh Suruhanjaya atau badan yang dilantik olehnya atau oleh mana-mana badan kerajaan berkaitan yang lain untuk tujuan tersebut dan mematuhi
Bekalan Gas (Pindaan)
35
keperluan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, kod atau garis panduan yang dikeluarkan di bawah Akta ini atau mematuhi mana-mana Akta lain yang mentadbir badan kerajaan itu.
(3)
Meter itu hendaklah dipasang—
(a)
pada premis pengguna kepada pemegang lesen pengiriman atau pemegang lesen peruncitan di kedudukan yang ditentukan oleh pemegang lesen itu;
(b)
pada kemudahan tersebut di kedudukan yang ditentukan oleh pemegang lesen penggasan semula bagi pengimportan gas ke terminal penggasan semula atau penggunaan kemudahan penggasan semula;
(c)
pada stesen pintu kota di kedudukan yang ditentukan oleh pemegang lesen pengangkutan bagi penghantaran gas dari talian paip penghantaran ke talian paip pengagihan.
(4)
Jika pengguna enggan atau gagal untuk mendapatkan penghantaran atau pembekalan gas atau penggunaan kemudahan melalui meter yang sesuai yang disediakan dan dipasang mengikut subseksyen (2) dan (3), pemegang lesen boleh enggan untuk memberi atau boleh menghentikan penghantaran atau pembekalan gas atau penggunaan kemudahan itu.
(5)
Peraturan-peraturan boleh ditetapkan dan kod atau garis panduan boleh dikeluarkan untuk mengawal selia tanggungjawab pemegang lesen berhubung dengan pemeteran mengikut Akta ini.”.
Pindaan seksyen 20