Malaysia legislation
Section 42
Seksyen 42
Seksyen baharu 37a, 37b, 37c, 37d, 37e, 37f dan 37g
seksyen yang berikut:
“Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 37a. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]
hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Suruhanjaya, Pengerusi, Ketua Pegawai
Eksekutif, mana-mana anggota, pegawai, pekhidmat atau ejen Suruhanjaya, Presiden, mana-mana anggota, Setiausaha, pegawai, pekhidmat atau ejen Tribunal Rayuan Persaingan
Gas berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dilakukan atau apa-apa peninggalan olehnya atau dia dengan suci hati, atas sifat yang sedemikian.
Pembangunan kod oleh Suruhanjaya dan pematuhan kod 37b. (1) Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan Menteri, membangunkan dan mengeluarkan kod yang berhubungan dengan penggunaan terminal penggasan semula, talian paip penghantaran atau pengagihan bersama dengan kelulusan apa-apa perkiraan akses, atau bagi peruncitan atau penggunaan gas atau bagi pemeteran gas dan berkenaan dengan keselamatan dalam pengagihan, peruncitan atau penggunaan gas.
(2)
Suruhanjaya boleh membangunkan dan mengeluarkan apa-apa kod tambahan yang disifatkan oleh Suruhanjaya patut dan suai manfaat atau yang diarahkan oleh Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(3)
Semua kod yang dibangunkan dan dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah hanya berkuat kuasa apabila didaftarkan oleh Suruhanjaya.
(4)
Semua pemegang lesen dan mana-mana pihak lain yang telah membuat apa-apa perjanjian hendaklah mematuhi kod itu.
Bekalan Gas (Pindaan)
(5)
Melainkan jika ditentukan selainnya oleh Suruhanjaya, dalam memastikan kebolehpercayaan, keselamatan dan keterjaminan sistem penghantaran gas, kod yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah mengatasi mana-mana perjanjian yang mungkin wujud antara pihak yang disebut dalam subseksyen (4).
(6)
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.
Garis panduan atau arahan oleh Suruhanjaya 37c. (1) Suruhanjaya boleh mengeluarkan garis panduan atau arahan mengenai apa-apa perkara yang diperuntukkan di bawah Akta ini atau yang suai manfaat atau perlu bagi pelaksanaan peruntukan Akta ini dengan lebih baik.
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Suruhanjaya boleh mengeluarkan dan menyiarkan garis panduan mengenai analisis ekonomi dan undang-undang untuk digunakan dalam menentukan kes yang berkaitan dengan persaingan termasuklah prinsip yang hendak digunakan dalam menentukan apa-apa penalti atau remedi yang dikenakan di bawah Bahagian VIa
Akta ini.
(3)
Suruhanjaya boleh mengeluarkan arahan secara bertulis kepada mana-mana pemegang lesen, orang kompeten atau mana-mana orang berkenaan dengan pematuhan atau ketidakpatuhan Akta ini atau perundangan subsidiarinya, syarat-syarat lesen yang dikeluarkan, termasuklah meremedi pelanggaran syarat lesen atau mengenai apa-apa perkara lain yang menghendaki pengeluaran arahan atau secara khususnya dibuat menjadi subjek arahan mengikut apa-apa tatacara yang boleh ditetapkan.
(4)
Garis panduan atau arahan yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya di bawah seksyen ini hendaklah didaftarkan dan hendaklah berkuat kuasa dari tarikh pendaftaran itu atau apa-apa tarikh yang kemudian yang dinyatakan oleh Suruhanjaya dalam garis panduan atau arahan itu.
(5)
Seseorang pemegang lesen, orang kompeten atau mana-mana orang hendaklah mematuhi garis panduan dan arahan itu.
Undang-Undang Malaysia 86
Akta A1515
(6)
Seseorang pemegang lesen, orang kompeten atau mana-mana orang yang gagal mematuhi mana-mana garis panduan atau arahan Suruhanjaya melakukan suatu kesalahan.
Pengubahsuaian, perubahan, kajian semula atau pembatalan kod, garis panduan atau arahan oleh Suruhanjaya 37d. (1) Suruhanjaya boleh mengubah suai, mengubah, mengkaji semula atau membatalkan mana-mana kod, garis panduan atau arahan yang dikeluarkan di bawah Akta ini.
(2)
Tatacara yang dinyatakan dalam subseksyen 37b(2),
(3)
, (4) dan (5) hendaklah terpakai berkenaan dengan apa-apa pengubahsuaian, perubahan, kajian semula atau pembatalan sesuatu kod, garis panduan atau arahan.
Kuasa Suruhanjaya untuk mendapatkan maklumat 37e. (1) Suruhanjaya boleh melalui notis menghendaki mana-mana orang untuk memberikan, dalam tempoh yang munasabah yang dinyatakan dalam notis itu, semua maklumat dan dokumen yang berhubungan dengan apa-apa perkara yang semunasabahnya boleh dikehendaki oleh Suruhanjaya untuk menjalankan fungsi atau tugasnya di bawah Akta ini, yang berada dalam pengetahuan orang itu atau dalam jagaannya atau di bawah kawalannya.
(2)
Mana-mana orang yang gagal tanpa apa-apa sebab yang munasabah untuk melakukan apa-apa yang dikehendaki daripadanya melalui notis di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.
(3)
Mana-mana orang yang—
(a)
dengan sengaja mengubah, menyekat atau memusnahkan apa-apa maklumat atau dokumen yang dia telah dikehendaki oleh mana-mana notis di bawah subseksyen (1) untuk dibekalkan; atau
(b)
dalam membekalkan apa-apa dokumen yang dikehendaki oleh mana-mana notis di bawah subseksyen (1), membuat apa-apa pernyataan yang
Bekalan Gas (Pindaan)
87
dia ketahui adalah palsu dalam suatu perkara yang material atau secara melulu membuat apa-apa pernyataan, melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-keduanya.
(4)
Jika mana-mana orang gagal mematuhi notis di bawah subseksyen (1), mahkamah boleh, atas permohonan
Suruhanjaya, membuat apa-apa perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah untuk memastikan pematuhan notis itu.
(5)
Mana-mana perintah yang disebut dalam subseksyen (4)
boleh memperuntukkan bahawa segala kos dan perbelanjaan bagi dan yang bersampingan dengan permohonan itu hendaklah ditanggung oleh orang itu atau oleh mana-mana pegawai sesuatu syarikat atau persatuan lain yang bertanggungjawab bagi kegagalan itu.
Penzahiran maklumat yang diperoleh 37f. (1) Seksyen ini terpakai bagi—
(a)
apa-apa maklumat atau dokumen yang diberikan oleh mana-mana orang kepada Suruhanjaya di bawah
Akta ini; dan
(b)
apa-apa maklumat atau dokumen yang diberikan yang menurutnya orang itu yang memberikannya memberitahu Suruhanjaya secara bertulis bahawa ia adalah sulit atau bersifat sensitif secara komersial.
(2)
Suruhanjaya tidak boleh menzahirkan kepada mana-mana orang maklumat atau kandungan sesuatu dokumen yang baginya seksyen ini terpakai melainkan jika—
(a)
Suruhanjaya berpendapat bahawa—
(i)
penzahiran maklumat atau kandungan dokumen itu tidak akan menyebabkan k e m u d a r a t a n k e p a d a o r a n g y a n g membekalkannya atau kepada mana-mana orang lain yang tahu mengenai maklumat atau dokumen itu; atau
Undang-Undang Malaysia 88
Akta A1515
(ii)
walaupun penzahiran maklumat atau kandungan dokumen itu akan menyebabkan kemudaratan kepada orang yang membekalkannya atau kepada mana-mana orang lain yang menyedari tentang maklumat atau kandungan dokumen itu, manfaat awam dalam menzahirkannya mengatasi kemudaratan itu;
(b)
Suruhanjaya memberikan notis bertulis kepada—
(i)
orang yang telah membekalkan maklumat atau dokumen itu; dan
(ii)
mana-mana orang lain yang Suruhanjaya menyedari telah membekalkan maklumat atau dokumen itu kepada orang yang disebut dalam subperenggan (i), yang identiti orang lain itu diketahui oleh Suruhanjaya, yang menyatakan bahawa Suruhanjaya berhasrat untuk mendedahkan maklumat atau kandungan dokumen itu, dengan menyatakan jenis penzahiran yang dihasratkan dan sebab-sebab terperinci mengapa Suruhanjaya berhasrat untuk membuat penzahiran itu dan menyatakan suatu salinan seksyen ini; dan
(c)
tiada rayuan dibuat kepada Menteri di bawah subseksyen (3) dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh pemberian notis tersebut.
(3)
Seseorang yang terkilan dengan suatu notis di bawah perenggan (2)(b) boleh merayu kepada Menteri dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh notis itu.
(4)
Subseksyen (2) tidaklah menghalang Suruhanjaya daripada menzahirkan apa-apa maklumat atau kandungan apa-apa dokumen—
(a)
kepada mana-mana anggota, pegawai atau pekerja
Suruhanjaya atau mana-mana ejen, perunding, jawatankuasa atau panel yang bertindak bagi pihak atau di bawah arahan Suruhanjaya;
Bekalan Gas (Pindaan)
(b)
kepada Menteri atau mana-mana ejen, perunding, jawatankuasa atau panel yang bertindak bagi pihak atau di bawah arahan Menteri;
(c)
apabila dikehendaki untuk berbuat demikian oleh mana-mana mahkamah atau di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain; atau
(d)
bagi maksud apa-apa prosiding jenayah.
(5)
Bagi maksud seksyen ini, penzahiran apa-apa maklumat atau kandungan sesuatu dokumen yang sedia ada dalam domain awam pada masa Suruhanjaya berhasrat untuk menzahirkannya tidak boleh menyebabkan kemudaratan kepada mana-mana orang yang disebut dalam perenggan (2)(a).
Keselamatan maklumat infrastruktur pemegang lesen 37g. (1) Mana-mana pemegang lesen yang diarahkan oleh
Suruhanjaya hendaklah bertanggungjawab memelihara kerahsiaan, integriti dan ketersediaan maklumat pemegang lesen, sistem maklumat dan infrastruktur rangkaian sokongan berkaitan dengan aktivitinya yang dilesenkan, tugas dan apa-apa perkara lain yang diperuntukkan di bawah Akta ini.
(2)
Pemegang lesen hendaklah—
(a)
mengambil langkah-langkah yang perlu, mewujudkan dan melaksanakan standard dan menggunakan kawalan jaminan maklumat yang berkaitan untuk menghalang, mengelakkan, meremedikan, mendapatkan kembali atau meletakkan semula maklumat, dokumen, instrumen atau rekodnya yang disimpan dalam komputernya dan bagi sistem pengendalian komputernya daripada apa-apa risiko—
(i)
ancaman atau akses tanpa kebenaran; dan
(ii)
gangguan atau penyingkiran;
Undang-Undang Malaysia 90
Akta A1515
(b)
mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan ketahanan infrastruktur rangkaian sokongannya untuk meminimakan impak perniagaan terhadap pelbagai ancaman kepada aktivitinya yang dilesenkan; dan
(c)
memastikan bahawa kebolehpercayaan, keberterusan dan kualiti sistem penghantaran gas, pelaksanaan kewajipannya dan kepatuhan kepada peruntukan
Akta ini dan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya tidak terjejas, dan hendaklah melaporkan kepada Suruhanjaya dalam masa yang dinyatakan oleh Suruhanjaya, dan sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang mengganggu atau menjejaskan prestasi aktiviti yang dilesenkan, melaporkan kejadian itu dengan segera kepada Suruhanjaya dan pihak berkuasa lain yang berkaitan.
(3)
Mana-mana pemegang lesen yang gagal mematuhi, mengabaikan untuk mematuhi atau melanggar mana-mana peruntukan seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
(4)
Bagi maksud seksyen ini—
“infrastruktur rangkaian sokongan” merujuk kepada sambungan yang berkaitan, peranti rangkaian, perkakasan dan perisian yang menyediakan perkhidmatan rangkaian dalam menyokong fungsi perniagaan;
“kawalan jaminan maklumat” merujuk kepada cara pengurusan risiko, termasuklah dasar, tatacara, garis panduan, amalan atau struktur organisasi, yang boleh dari jenis pentadbiran, teknikal, pengurusan atau perundangan;
“ketahanan” ertinya keupayaan sesuatu organisasi untuk menahan daripada terjejas oleh sesuatu kejadian.”.
Bekalan Gas (Pindaan)
91
Pindaan seksyen 39