Malaysia legislation

Section 19B

of AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2000

Seksyen 19B

Undang-Undang Malaysia

Pendaftar boleh memasukan semula petunjuk geografi yang telah dikeluarkan daripada Daftar di bawah subseksyen 19A(7)

jika—

(a)

pemohon memfailkan permohonan bagi kemasukan semula itu dalam masa dua belas bulan dari tarikh habis tempoh pendaftaran petunjuk geografi itu; dan

(b)

Pendaftar berpuas hati bahawa—

(i)

tidak ada penggunaan dengan niat jahat petunjuk geografi itu dalam tahun sebaik sebelum pengeluarannya daripada Daftar; atau

(ii)

tiada perdayaan atau kekeliruan yang mungkin berbangkit daripada penggunaan petunjuk geografi itu disebabkan oleh penggunaan terdahulunya.

Petunjuk Geografi 17

Anggapan jika petunjuk geografi didaftarkan