Malaysia legislation

Section 3

of AKTA PENYIASATAN KAJI BUMI 1974

Seksyen 3

(2)

Kewajipan dan kuasa pegawai yang dilantik di bawah seksyen ini ialah kewajipan dan kuasa yang diberikan kepada mereka oleh

Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.

(3)

Tiap-tiap pegawai yang dilantik di bawah seksyen ini hendaklah dengan pelantikan itu disifatkan sebagai terletak hak dengan semua kuasa mana-mana Pegawai Penyiasatan Kaji Bumi yang berpangkat rendah daripadanya.

(4)

Ketua Pengarah boleh memberi kuasa kepada mana-mana orang secara bertulis untuk menjalankan sesuatu penyiasatan kaji bumi bagi pihaknya.

(5)

Tiap-tiap pelantikan dan pemberian kuasa di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta.

(6)

Tertakluk kepada seksyen 4, Ketua Pengarah mempunyai kuasa mengawasi semua pegawai lain yang dilantik atau semua orang yang diberi kuasa di bawah seksyen ini.

8

Undang-Undang Malaysia

(7)

Semua pegawai yang dilantik dan semua orang yang diberi kuasa di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].

Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan

Section 3 — GEOLOGICAL SURVEY ACT 1974 | mylaw.my