Malaysia legislation

Section 23

of AKTA CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN 2014

Seksyen 23

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), dalam menentukan sama ada apa-apa perasingan aktiviti perniagaan adalah dibuat-buat, hendaklah diambil kira setakat mana orang yang berlainan yang menjalankan aktiviti perniagaan itu berkait rapat antara satu sama lain melalui hubungan kewangan, ekonomi dan organisasi.

(3)

Ketua Pengarah boleh membuat arahan dengan menamakan mana-mana orang jika Ketua Pengarah berpuas hati—

(a)

bahawa orang itu membuat atau telah membuat pembekalan bercukai;

(b)

bahawa aktiviti yang dalam penjalanannya orang itu membuat atau telah membuat pembekalan bercukai itu menjadi hanya sebahagian daripada aktiviti tertentu dalam perniagaan itu dan bahawa aktiviti lain dalam perniagaan itu sama ada aktiviti itu serupa dengan aktiviti yang dijalankan oleh orang itu sedang dijalankan serentak atau sebelumnya atau tidak, atau kedua-duanya, oleh seorang orang lain atau lebih; dan

(c)

bahawa jika semua pembekalan bercukai yang dibuat dalam perniagaan itu diambil kira, orang yang menjalankan perniagaan itu akan, pada masa arahan itu, dikehendaki untuk berdaftar menurut kuasa seksyen 20.

(4)

Apa-apa arahan yang dibuat hendaklah disampaikan kepada setiap orang yang dinamakan dalam arahan itu.

(5)

Jika, selepas suatu arahan telah diberikan di bawah seksyen ini dengan menyatakan perihal perniagaan itu, ternyata pada Ketua

Pengarah bahawa mana-mana orang yang tidak dinamakan dalam arahan itu sedang membuat pembekalan bercukai dalam penjalanan aktiviti yang patut dianggap sebagai sebahagian daripada aktiviti perniagaan itu, Ketua Pengarah boleh membuat dan menyampaikan kepada orang itu suatu arahan tambahan yang merujuk kepada

Akta 762 Teks 1 BM.indd 39 6/19/14 5:54:32 PM

Undang-Undang Malaysia 40

Akta 762

arahan yang terdahulu dan perihal perniagaan yang dinyatakan dalam arahan itu, dan menambah nama orang itu kepada nama orang yang dinamakan dalam arahan yang terdahulu berkuat kuasa dari—

(a)

tarikh orang itu mula-mula membuat pembekalan bercukai;

atau

(b)

tarikh yang dinyatakan dalam arahan yang terdahulu yang orang kena cukai tunggal yang disebut itu adalah berdaftar di bawah subseksyen (1), yang mana terkemudian.

(6)

Jika, sebaik sebelum apa-apa arahan, termasuk arahan tambahan, dibuat, mana-mana orang yang dinamakan dalam arahan itu didaftarkan berkenaan dengan pembekalan bercukai yang dibuat olehnya sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen (3) atau (5), pendaftarannya hendaklah dibatalkan oleh Ketua Pengarah berkuat kuasa dari tarikh orang kena cukai tunggal itu didaftarkan di bawah subseksyen (1) dan sebaik pembatalan pendaftarannya, dia berserta dengan semua orang yang dinamakan dalam arahan itu hendaklah dikira sebagai orang kena cukai tunggal di bawah seksyen ini.

(7)

Berhubung dengan sesuatu perniagaan yang dinyatakan dalam sesuatu arahan, orang yang dinamakan dalam arahan itu berserta dengan orang yang dinamakan dalam arahan tambahan itu yang berhubungan dengan perniagaan itu sebagai orang yang bersama-sama dikira sebagai orang kena cukai tunggal adalah disebut sebagai “anggota konstituen” dalam subseksyen (8) dan (9).

(8)

Jika apa-apa arahan dibuat di bawah seksyen ini—

(a)

orang kena cukai tunggal yang menjalankan perniagaan yang dinyatakan dalam arahan itu hendaklah didaftarkan dengan nama yang akan dicadangkan secara bersesama oleh orang yang dinamakan dalam arahan itu melalui notis secara bertulis diberikan kepada Ketua Pengarah tidak kurang daripada empat belas hari selepas tarikh arahan itu atau, jika cadangan itu tidak dibuat, dengan nama sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu;

Akta 762 Teks 1 BM.indd 40 6/19/14 5:54:32 PM

Cukai Barang dan Perkhidmatan 41

(b)

mana-mana pembekalan bercukai yang dibuat oleh salah seorang daripada anggota konstituen dalam perjalanan aktiviti orang kena cukai tunggal hendaklah dikira sebagai pembekalan bercukai yang dibuat oleh orang kena cukai tunggal;

(c)

setiap anggota konstituen hendaklah bertanggungan secara bersesama dan berasingan bagi apa-apa cukai yang genap masa dan kena dibayar oleh orang kena cukai tunggal;

(d)

tanpa menjejaskan perenggan (c), apa-apa kegagalan oleh orang kena cukai tunggal itu untuk mematuhi apa-apa kehendak yang dikenakan oleh atau di bawah Akta ini hendaklah dikira sebagai suatu kegagalan oleh setiap anggota konstituen secara berasingan; dan

(e)

tertakluk kepada perenggan (a) hingga (d), anggota konstituen hendaklah dikira sebagai suatu perkongsian yang menjalankan perniagaan orang kena cukai tunggal dan apa-apa persoalan tentang skop aktiviti perniagaan itu pada bila-bila masa hendaklah ditentukan dengan sewajarnya.

(9)

Jika ternyata pada Ketua Pengarah bahawa mana-mana orang yang merupakan salah seorang daripada anggota konstituen tidak patut lagi dianggap sedemikian bagi maksud perenggan (8)(c)

dan (d) dan Ketua Pengarah memberikan notis secara bertulis yang bermaksud sedemikian, orang itu tidak lagi mempunyai apa-apa tanggungan menurut kuasa perenggan itu bagi apa-apa jua yang dilakukan selepas tarikh yang dinyatakan dalam notis itu dan dengan itu dan sewajarnya pada tarikh itu dia hendaklah dikira sebagai telah terhenti menjadi anggota perkongsian yang disebut dalam perenggan (8)(e).

Pendaftaran secara sukarela

Section 23 — GOODS AND SERVICES TAX ACT 2014 | mylaw.my