Malaysia legislation
Section 46
Seksyen 46
(2)
Jika suatu invois menunjukkan suatu pembekalan barang atau perkhidmatan sebagai telah berlaku dengan cukai yang boleh dikenakan ke atas pembekalan itu, maka hendaklah boleh didapatkan daripada orang yang mengeluarkan invois itu suatu amaun yang bersamaan dengan—
(a)
yang ditunjukkan pada invois itu sebagai cukai; atau
(b)
jika cukai itu tidak ditunjukkan secara berasingan, sebanyak mana jumlah amaun yang ditunjukkan sebagai kena dibayar yang akan diambil sebagai merupakan cukai, ke atas pembekalan itu.
(3)
Subseksyen (2) hendaklah terpakai sama ada atau tidak—
(a)
invois itu ialah suatu invois cukai yang dikeluarkan di bawah seksyen 33;
(b)
pembekalan yang ditunjukkan pada invois itu sebenarnya berlaku atau telah berlaku atau amaun yang ditunjukkan sebagai cukai atau apa-apa amaun cukai ialah atau telah boleh dikenakan ke atas pembekalan itu; atau
(c)
orang yang mengeluarkan invois itu ialah seorang orang kena cukai, dan apa-apa amaun yang boleh didapatkan daripada orang di bawah subseksyen (2) itu hendaklah boleh didapatkan sedemikian dan hendaklah selainnya boleh didapatkan sebagai suatu hutang sivil yang terhutang kepada Kerajaan.
(4)
Dalam apa-apa prosiding untuk mendapatkan cukai, penalti, surcaj, fi atau wang lain di bawah subseksyen (1), pengemukaan suatu perakuan yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah bahawa apa-apa cukai, penalti, surcaj, fi atau wang lain dan amaun yang ditunjukkan dalam perakuan itu sebagai kena dibayar dalam apa-apa penyata, taksiran atau notis yang dibuat di bawah Akta ini daripada orang yang dinamakan pada perakuan itu dan yang menyatakan alamat orang itu dan berupa sebagai suatu salinan atau cabutan daripada apa-apa notis taksiran hendaklah menjadi keterangan muktamad bagi pembuatan taksiran itu dan hendaklah menjadi autoriti yang mencukupi untuk mahkamah memberikan penghakiman bagi amaun itu.
Akta 762 Teks 1 BM.indd 68 6/19/14 5:54:34 PM
Cukai Barang dan Perkhidmatan 69
(5)
Apa-apa penalti, surcaj, fi atau wang lain yang dikenakan di bawah Akta ini hendaklah, bagi maksud Akta ini dan Akta Had
Masa 1953 [Akta 254], Ordinan Had Masa Sabah [Sabah Cap. 72]
dan Ordinan Had Masa Sarawak [Sarawak Cap. 49], mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh didapatkan seolah-olah penalti, surcaj, fi atau wang lain itu ialah cukai yang genap masa dan kena dibayar di bawah Akta ini dan dengan yang demikian subseksyen 6(4)
Akta Had Masa 1953, seksyen 3 Ordinan Had Masa Sabah dan seksyen 3 Ordinan Had Masa Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidaklah terpakai bagi penalti, surcaj, fi atau wang lain itu.
Penyitaan barang untuk mendapatkan semula cukai, dsb.