Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Kontrak yang dibuat di luar Malaysia
Semua kontrak yang dibuat di luar Malaysia bagi pihak Kerajaan atau mana-mana Kerajaan Negeri oleh seseorang yang sama ada secara am atau secara khusus diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah, setakat yang kontrak itu termasuk dalam bidang kuasa mahkamah Malaysia, disifatkan sebagai kontrak yang dibuat bagi pihak Kerajaan itu.