Malaysia legislation

Section 7

of AKTA KONTRAK KERAJAAN 1949

Seksyen 7

Akta

Semua kontrak yang dibuat dengan suci hati pada atau selepas satu haribulan Februari 1948, dan sebelum permulaan kuat kuasa

Akta ini dan yang berupa sebagai dibuat bagi pihak Kerajaan

Persekutuan Tanah Melayu atau Kerajaan mana-mana Negeri atau

(a)

di Persekutuan Tanah Melayu oleh mana-mana pegawai awam;

(b)

di United Kingdom oleh Setiausaha Negeri atau Crown

Agent; atau

(c)

di tempat lain di luar Persekutuan Tanah Melayu oleh mana-mana orang yang sama ada secara am atau secara khusus diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh

Pesuruhjaya Tinggi, hendaklah disifatkan sebagai kontrak yang telah dibuat dengan sewajarnya bagi pihak Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu atau

Kerajaan Negeri atau Kerajaan Negeri Selat itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Kontrak Kerajaan 7

Had liabiliti diri pegawai awam