Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
(2)
Kuorum bagi tiap-tiap mesyuarat lembaga perolehan hendaklah tidak kurang daripada tiga termasuk pengerusi.
(3)
Tiada seorang pun selain ahli lembaga perolehan boleh hadir atau mengambil bahagian dalam mesyuarat lembaga perolehan melainkan jika—
(a)
dia merupakan anggota urus setia lembaga perolehan yang dinamai oleh pegawai pengawal; atau
(b)
dia merupakan pegawai awam yang diundang oleh pengerusi bagi maksud menasihati lembaga perolehan bagi apa-apa perkara yang sedang dipertimbang teliti.
(4)
Mana-mana pegawai awam yang diundang di bawah perenggan (3)(b) tidak berhak mengundi atau hadir semasa sesuatu keputusan dibuat oleh lembaga perolehan.
Perolehan Kerajaan 25
(5)
Seseorang ahli lembaga perolehan yang mempunyai secara langsung atau tidak langsung, dengan sendirinya, anggota keluarganya atau sekutunya, apa-apa kepentingan dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh lembaga perolehan hendaklah menzahirkan kepada lembaga perolehan fakta dan jenis kepentingan itu.
(6)
Suatu penzahiran di bawah subseksyen (5) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat dan selepas penzahiran itu, ahli yang mempunyai kepentingan dalam perkara itu—
(a)
tidak boleh hadir atau mengambil bahagian, dalam mana-mana pertimbangtelitian atau keputusan yang dibuat, oleh lembaga perolehan mengenai perkara itu;
(b)
tidak boleh dikira bagi maksud membentuk kuorum suatu mesyuarat bagi pertimbangtelitian atau keputusan dibuat mengenai perkara itu; dan
(c)
jika ahli yang mempunyai kepentingan itu ialah pengerusi lembaga perolehan, hendaklah menarik diri dan digantikan oleh pengerusi ganti yang ditetapkan.
(7)
Tiada tindakan atau prosiding lembaga perolehan boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana ahli lembaga perolehan telah melanggar peruntukan seksyen ini.
(8)
Jika lembaga perolehan gagal mencapai keputusan sebulat suara dalam apa-apa perkara yang dipertimbang teliti dalam mesyuarat, lembaga perolehan hendaklah merujuk perkara itu kepada Menteri atau, berhubung dengan sesuatu Negeri, Menteri
Besar atau Ketua Menteri atau apa-apa pihak berkuasa lain sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi suatu keputusan.
(9)
Bagi maksud seksyen ini—
(a)
“anggota keluarganya” termasuklah—
(i)
suami atau isterinya;
(ii)
ibu atau bapanya, termasuk ibu atau bapa suami atau isterinya;
Undang-Undang Malaysia 26
Akta 882
(iii)
anaknya, termasuk anak angkat atau anak tiri;
(iv)
adik-beradiknya, termasuk adik-beradik suami atau isterinya; dan
(v)
suami atau isteri anaknya, atau adik-beradiknya;
(b)
“sekutu” ertinya—
(i)
orang yang merupakan penama atau pekerja ahli itu;
(ii)
firma yang ahli itu atau mana-mana penamanya merupakan seorang pekongsi;
(iii)
pekongsi ahli itu;
(iv)
pemegang amanah sesuatu amanah yang di bawahnya ahli itu atau seorang anggota keluarganya ialah seorang benefisiari; atau
(v)
mana-mana perbadanan mengikut pengertian Akta
Syarikat Labuan 1990 atau Akta Syarikat 2016, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang ahli itu atau mana-mana penamanya atau seseorang anggota keluarganya ialah seorang pengarah atau mempunyai pemegangan syer yang substansial.
Kelulusan oleh Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri, dsb.