Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
(a)
semua perolehan Kerajaan mengikut nilai ambang kelulusan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama; dan
(b)
mana-mana perolehan Kerajaan yang dirujuk kepada Menteri atau, berhubung dengan sesuatu Negeri, Menteri Besar atau Ketua Menteri atau mana-mana pihak berkuasa lain sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh lembaga perolehan di bawah subseksyen 12(8).
Perolehan Kerajaan 27
(2)
Sebelum memberikan kelulusan bagi sesuatu perolehan
Kerajaan, Menteri atau, berhubung dengan sesuatu Negeri,
Menteri Besar atau Ketua Menteri atau mana-mana pihak berkuasa lain sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah—
(a)
dalam hal perenggan (1)(a), menghendaki lembaga perolehan yang bertanggungjawab bagi dana yang diuntukkan bagi perolehan Kerajaan itu; atau
(b)
dalam hal perenggan (1)(b), menghendaki lembaga perolehan yang merujuk perolehan Kerajaan untuk keputusan itu, untuk menimbang perolehan Kerajaan itu mengikut Akta ini dan mengemukakan suatu syor kepada Menteri atau, berhubung dengan sesuatu Negeri, Menteri Besar atau Ketua Menteri atau mana-mana pihak berkuasa lain sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan
Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(3)
Selepas menimbangkan syor yang dikemukakan di bawah subseksyen (2), Menteri atau, berhubung dengan sesuatu Negeri,
Menteri Besar atau Ketua Menteri atau mana-mana pihak berkuasa lain sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh bersetuju dengan syor itu atau boleh membuat keputusan berlainan yang difikirkannya patut.
(4)
Apa-apa keputusan yang dibuat oleh Menteri atau, berhubung dengan sesuatu Negeri, Menteri Besar atau Ketua Menteri atau mana-mana pihak berkuasa lain sebagaimana yang ditentukan oleh
Kerajaan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah muktamad dan hendaklah dilaksanakan sewajarnya.