Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
Akta 882
Pendaftar hendaklah mempunyai kewajipan dan kuasa yang berikut:
(a)
untuk menasihati Ketua Setiausaha Perbendaharaan mengenai semua perkara berhubung dengan pendaftaran pembekal dan kontraktor di bawah Akta ini;
(b)
untuk melaksanakan dan menguatkuasakan dasar Kerajaan berhubung dengan pendaftaran pembekal dan kontraktor di bawah Akta ini;
(c)
untuk bertanggungjawab bagi pemantauan dan penyiasatan terhadap pelanggaran dan ketidakpatuhan oleh orang berdaftar di bawah Akta ini;
(d)
untuk mentadbir pendaftaran dan pengiktirafan pembekal dan kontraktor dan menangani semua perkara yang berhubungan dengan pendaftaran di bawah Akta ini;
(e)
untuk mendaftarkan pembekal dan kontraktor dan menangani perkara yang berhubungan dengan pendaftaran di bawah
Akta ini;
Perolehan Kerajaan 29
(f)
untuk mewujudkan dan menyenggara daftar pembekal dan kontraktor;
(g)
untuk mewujudkan dan menyenggara daftar pembekal dan kontraktor yang diiktiraf;
(h)
untuk mengambil tindakan mengikut Akta ini bagi apa-apa pelanggaran atau ketidakpatuhan oleh orang berdaftar;
(i)
untuk mengutip fi yang ditetapkan; dan
(j)
untuk menjalankan semua aktiviti dan membuat semua perkara yang perlu atau berfaedah dan patut bagi pentadbiran Akta ini, atau bagi apa-apa maksud lain yang selaras dengan Akta ini sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
Garis panduan dan arahan bertulis oleh Pendaftar