Malaysia legislation

Section 16

of AKTA PEROLEHAN KERAJAAN 2026

Seksyen 16

(2)

Garis panduan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah dipatuhi oleh semua orang berdaftar.

(3)

Pendaftar boleh mengeluarkan arahan bertulis yang difikirkannya perlu atau suai manfaat kepada mana-mana orang berdaftar bagi memastikan pematuhan apa-apa garis panduan atau apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan.

(4)

Jika orang berdaftar tidak mematuhi mana-mana arahan bertulis yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3), Pendaftar boleh mengambil satu atau lebih tindakan yang berikut:

(a)

mengarahkan orang berdaftar yang mungkir itu untuk mematuhi atau melaksanakan arahan bertulis itu;

(b)

mengenakan penalti pentadbiran di bawah seksyen 85;

atau

(c)

mencela orang berdaftar yang mungkir itu.

Undang-Undang Malaysia 30

Akta 882

(5)

Pendaftar tidak boleh mengambil apa-apa tindakan di bawah subseksyen (4) tanpa memberikan orang berdaftar yang mungkir itu suatu peluang untuk didengari.

Kehendak untuk mendaftar