Malaysia legislation

Section 18

of AKTA PEROLEHAN KERAJAAN 2026

Seksyen 18

(2)

Tiap-tiap permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan.

(3)

Pada bila-bila masa selepas menerima suatu permohonan di bawah subseksyen (1), Pendaftar boleh—

(a)

secara bertulis, menghendaki pemohon untuk memberikan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan dalam apa-apa tempoh yang dinyatakan oleh Pendaftar;

(b)

secara bertulis, menghendaki pemohon untuk mengemukakan suatu perisytiharan mengenai perkara yang berkaitan dengan permohonan itu; dan

(c)

melawat mana-mana tempat atau premis bagi maksud menentukan fakta dan jenis pembekalan, perkhidmatan atau kerja yang dinyatakan dalam mana-mana permohonan bagi suatu pendaftaran.

(4)

Pendaftar boleh meluluskan sesuatu permohonan di bawah subseksyen (1) jika Pendaftar berpuas hati bahawa pemohon—

(a)

ialah orang yang layak dan sesuai;

Perolehan Kerajaan 31

(b)

telah memenuhi semua kehendak di bawah Akta ini dan mematuhi semua prasyarat pendaftaran; dan

(c)

telah membuat penzahiran kepentingan mengikut subseksyen 37(2), dan hendaklah mengeluarkan suatu sijil pendaftaran dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar.

(5)

Pendaftar boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang Pendaftar fikirkan patut untuk dikenakan ke atas mana-mana pendaftaran.

(6)

Pendaftar boleh pada bila-bila masa mengubah atau membatalkan syarat yang dikenakan ke atas sesuatu pendaftaran di bawah subseksyen (5).

(7)

Suatu pendaftaran di bawah seksyen ini adalah sah bagi tempoh yang dinyatakan dalam sijil pendaftaran.

(8)

Orang berdaftar boleh membuat permohonan untuk membaharui pendaftarannya dalam tempoh dan mengikut apa-apa cara yang ditetapkan dan hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan.

(9)

Mana-mana permohonan bagi pembaharuan pendaftaran yang dibuat setahun selepas tarikh habis tempoh pendaftaran itu hendaklah diuruskan sebagai permohonan baharu bagi pendaftaran di bawah Akta ini.

(10)

Seseorang yang pendaftarannya telah habis tempoh hendaklah dianggap sebagai tidak mempunyai pendaftaran yang sah bagi maksud seksyen 17.

(11)

Pendaftar boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang Pendaftar fikirkan patut untuk dikenakan ke atas mana-mana pembaharuan pendaftaran.

(12)

Pendaftar boleh pada bila-bila masa mengubah atau membatalkan syarat yang dikenakan ke atas sesuatu pembaharuan pendaftaran di bawah subseksyen (11).

Undang-Undang Malaysia 32

Akta 882

(13)

Jika terdapat apa-apa perubahan dalam maklumat sesuatu pendaftaran, orang berdaftar hendaklah membuat permohonan kepada Pendaftar untuk meminda maklumat itu mengikut cara yang ditetapkan.

(14)

Pendaftar boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang Pendaftar fikirkan patut untuk dikenakan ke atas apa-apa pindaan yang diluluskan di bawah subseksyen (13).

(15)

Pada bila-bila masa selepas didaftarkan di bawah subseksyen (4), orang berdaftar boleh memohon kepada Pendaftar bagi pengiktirafan berkaitan sebagaimana yang ditentukan oleh

Perbendaharaan.

(16)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

suatu permohonan di bawah seksyen ini boleh dibuat oleh pembekal atau kontraktor dalam kapasiti peribadinya atau oleh mana-mana orang bagi pihak suatu syarikat, perkongsian, koperasi atau badan profesional, dan termasuklah—

(i)

dalam hal suatu syarikat, pengarah atau mana-mana orang yang mempunyai tanggungjawab utama dalam pengurusan syarikat itu;

(ii)

dalam hal suatu perkongsian, semua pekongsi dalam perkongsian itu;

(iii)

dalam hal suatu koperasi, pengarah atau mana-mana orang yang mempunyai tanggungjawab utama dalam pengurusan koperasi itu; dan

(iv)

mana-mana orang lain yang dinamakan dalam permohonan sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta ini;

(b)

“badan profesional” ertinya mana-mana badan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis bagi maksud mengawal selia suatu profesion dan kelayakannya atau mana-mana badan lain yang diiktiraf oleh Kerajaan.

Perolehan Kerajaan 33

Alasan bagi penolakan pendaftaran, dsb.