Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
Pendaftar hendaklah menolak sesuatu permohonan bagi pendaftaran atau pembaharuan atau pindaan pendaftaran di bawah seksyen 18 atas mana-mana alasan yang berikut:
(a)
pemohon telah disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini;
(b)
pemohon telah disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009
[Akta 694] atau dengan suatu kesalahan yang berhubungan dengan rasuah di bawah mana-mana undang-undang di luar Malaysia;
(c)
pemohon merupakan salah seorang dalam suatu dapatan pelanggaran suatu larangan yang telah ditentukan oleh
Suruhanjaya Persaingan di bawah Akta Persaingan 2010
[Akta 712];
(d)
pemohon telah disabitkan dengan suatu kesalahan dan namanya telah didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran
Penjenayah dan Orang yang Tidak Diingini 1969 [Akta 7];
(e)
pemohon, dalam hal seseorang individu, merupakan seorang bankrap yang belum dilepaskan sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau
(f)
pemohon, dalam hal suatu syarikat—
(i)
sedang digulung atau selainnya dibubarkan;
(ii)
telah terhadapnya pelaksanaan berkenaan dengan suatu hutang penghakiman dikembalikan tanpa dijelaskan keseluruhannya atau sebahagiannya;
(iii)
telah dilantik baginya seorang penerima, penerima dan pengurus, atau orang yang setaraf dengannya di dalam atau di luar Malaysia, atau berkenaan dengan mana-mana harta pemohon itu; dan
(iv)
telah, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, membuat suatu kompromi atau skim perkiraan dengan pemiutangnya, yang merupakan suatu kompromi atau skim perkiraan yang masih berkuat kuasa.
Undang-Undang Malaysia 34
Akta 882
Pendaftaran disifatkan terbatal