Malaysia legislation
Section 21
Seksyen 21
(a)
orang berdaftar telah melanggar mana-mana peruntukan
Akta ini atau tidak mematuhi mana-mana arahan, pekeliling atau garis panduan yang dikeluarkan di bawah Akta ini, dan tindakan telah diambil di bawah seksyen 85;
(b)
orang berdaftar telah disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia 2009 atau dengan suatu kesalahan yang berhubungan dengan rasuah di bawah mana-mana undang-undang di luar Malaysia;
(c)
orang berdaftar merupakan salah seorang dalam suatu dapatan pelanggaran suatu larangan yang telah ditentukan oleh Suruhanjaya Persaingan di bawah
Akta Persaingan 2010;
Perolehan Kerajaan 35
(d)
terdapat ketidakpatuhan mana-mana garis panduan atau arahan bertulis yang dikeluarkan oleh Pendaftar atau pelanggaran mana-mana syarat pendaftaran, oleh orang berdaftar, dan tindakan telah diambil oleh Pendaftar mengikut subseksyen 16(4); atau
(e)
apa-apa maklumat atau dokumen yang diberikan oleh orang berdaftar adalah palsu atau mengelirukan dalam butir-butir material.
(2)
Penggantungan pendaftaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat—
(a)
bagi suatu tempoh tidak melebihi dua tahun dan Pendaftar boleh pada bila-bila masa melanjutkan atau membatalkan penggantungan itu mengikut Akta ini; atau
(b)
bagi satu atau lebih kod bidang yang telah diberikan dalam suatu pendaftaran.
(3)
Pendaftar boleh membatalkan suatu pendaftaran—
(a)
atas mana-mana alasan di bawah seksyen 19; atau
(b)
jika orang berdaftar atau mana-mana orang yang dinamakan dalam pendaftaran orang berdaftar tersebut mempunyai kepentingan dalam orang berdaftar lain yang dia berkewajipan untuk menzahirkan di bawah subseksyen 37(2).
(4)
Dalam hal sesuatu Negeri, Pendaftar boleh menggantung atau membatalkan pendaftaran seseorang orang berdaftar atas syor pihak berkuasa kewangan Negeri bagi ketidakpatuhan yang terbukti apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kewangan Negeri.
(5)
Pendaftar tidak boleh menggantung atau membatalkan mana-mana pendaftaran tanpa memberikan orang berdaftar itu suatu peluang untuk didengari.
(6)
Jika suatu pendaftaran dibatalkan, semua fi yang telah dibayar tidak boleh dikembalikan.
Undang-Undang Malaysia 36
Akta 882
Larangan mengenai pendaftaran