Malaysia legislation
Section 22
Seksyen 22
Mana-mana orang berdaftar yang pendaftarannya telah digantung atau dibatalkan di bawah seksyen 21 adalah dilarang daripada mendaftar atau menyertai suatu pendaftaran baharu dan larangan ini hendaklah termasuk—
(a)
tiap-tiap orang yang dinamakan dalam pendaftaran yang telah digantung atau dibatalkan itu;
(b)
dalam hal suatu syarikat—
(i)
pengarah dan mana-mana orang yang memegang tanggungjawab utama dalam pengurusan syarikat;
dan
(ii)
mana-mana pemunya benefisial orang berdaftar;
(c)
dalam hal suatu perkongsian, semua pekongsi dalam perkongsian itu; dan
(d)
dalam hal suatu koperasi, pengarah dan mana-mana orang yang memegang tanggungjawab utama dalam pengurusan koperasi.
Kesan penggantungan dan pembatalan