Malaysia legislation

Section 25

of AKTA PEROLEHAN KERAJAAN 2026

Seksyen 25

Jika Pendaftar fikirkan perlu atau suai manfaat demi kepentingan awam, Pendaftar boleh menyiarkan apa-apa maklumat dalam bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar berhubung dengan—

(a)

kelulusan, peluputan, pembaharuan, penggantungan atau pembatalan pendaftaran atau larangan mengenai atau pengecualian daripada pendaftaran di bawah Akta ini;

(b)

apa-apa maklumat berkenaan pemilik, pemegang syer, pengarah, pekongsi atau mana-mana orang yang dinamakan dalam suatu pendaftaran, termasuk apa-apa penzahiran kepentingan oleh orang berdaftar atau orang yang dinamakan dalam pendaftaran dalam mana-mana orang berdaftar lain;

Undang-Undang Malaysia 38

Akta 882

(c)

apa-apa syarat yang dikenakan; dan

(d)

apa-apa tindakan yang diambil oleh Pendaftar atau Ketua

Setiausaha Perbendaharaan di bawah Akta ini.

Kajian semula keputusan Pendaftar bagi penggantungan, pembatalan dan larangan