Malaysia legislation

Section 29

of AKTA PEROLEHAN KERAJAAN 2026

Seksyen 29

Walau apa pun peruntukan Akta ini, Menteri atau, berhubung dengan sesuatu Negeri, Menteri Besar atau Ketua Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh, jika dia mempertimbangkannya demi kepentingan negara atau Negeri untuk berbuat sedemikian, melaksanakan apa-apa dasar atau langkah-langkah dalam perolehan

Kerajaan bagi mendorong, menggalakkan, merangsang atau memudahkan pembangunan sosial, ekonomi dan alam sekitar di Malaysia atau mana-mana Negeri tertentu, mengikut mana-mana yang berkenaan.