Malaysia legislation

Section 37

of AKTA PEROLEHAN KERAJAAN 2026

Seksyen 37

(2)

Mana-mana orang yang membuat suatu permohonan bagi pendaftaran atau mana-mana orang berdaftar yang membuat permohonan bagi pembaharuan atau pindaan suatu pendaftaran di bawah seksyen 18 hendaklah menzahirkan kepada Pendaftar—

(a)

apa-apa kepentingan secara langsung atau tidak langsung dengan sendirinya, anggota keluarganya atau sekutunya berhubung dengan mana-mana orang berdaftar yang lain atau orang yang memohon suatu pendaftaran di bawah seksyen 18; dan

(b)

pemunya benefisial kepada mana-mana orang yang membuat permohonan atau mana-mana orang berdaftar tersebut, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Undang-Undang Malaysia 42

Akta 882

(3)

Obligasi di bawah subseksyen (2) hendaklah diperluas kepada—

(a)

dalam hal suatu syarikat, pengarah, pemegang syer dan pengurusan kanan syarikat;

(b)

dalam hal suatu perkongsian, semua pekongsi dalam perkongsian itu; dan

(c)

dalam hal suatu koperasi, mana-mana orang yang memegang tanggungjawab utama dalam pengurusan koperasi.

(4)

Mana-mana orang berdaftar yang menyertai atau berniat untuk menyertai suatu perolehan Kerajaan di bawah Akta ini hendaklah menzahirkan kepada entiti perolehan yang bertanggungjawab bagi perolehan Kerajaan itu—

(a)

mana-mana pemunya benefisial orang berdaftar itu; dan

(b)

apa-apa kepentingan sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan sendirinya, anggota keluarganya atau sekutunya berhubung dengan—

(i)

mana-mana orang berdaftar yang lain, sama ada atau tidak orang berdaftar yang lain itu menyertai atau berniat untuk menyertai perolehan Kerajaan tersebut; dan

(ii)

mana-mana orang di bawah bidang kuasa entiti perolehan yang terlibat dalam penjalanan perolehan

Kerajaan tersebut.

(5)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus dan lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(6)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

“anggota keluarganya”, berhubung dengan seseorang, ahli lembaga perolehan atau ahli jawatankuasa perolehan, termasuklah—

(i)

suami atau isterinya;

Perolehan Kerajaan 43

(ii)

ibu atau bapanya, termasuk ibu atau bapa suami atau isterinya;

(iii)

anaknya, termasuk anak angkat atau anak tiri;

(iv)

adik-beradiknya, termasuk adik-beradik suami atau isterinya; dan

(v)

suami atau isteri anaknya, atau adik-beradiknya;

(b)

“sekutu”, berhubung dengan seseorang, ahli lembaga perolehan atau ahli jawatankuasa perolehan, ertinya—

(i)

mana-mana orang yang merupakan penama atau pekerja orang itu;

(ii)

firma yang seseorang itu atau mana-mana penamanya merupakan seorang pekongsi;

(iii)

pekongsi kepada seseorang itu;

(iv)

pemegang amanah sesuatu amanah yang di bawahnya seseorang itu atau seorang anggota keluarganya ialah seorang benefisiari;

(v)

mana-mana perbadanan mengikut pengertian Akta

Syarikat Labuan 1990 atau Akta Syarikat 2016, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang seseorang itu atau mana-mana penamanya atau seseorang anggota keluarganya ialah seorang pengarah atau mempunyai pemegangan syer substansial; atau

(vi)

dalam hal suatu koperasi, termasuklah mana-mana orang yang memegang tanggungjawab utama dalam pengurusan koperasi itu.

Larangan terhadap campur tangan dalam perolehan Kerajaan