Malaysia legislation
Section 38
Seksyen 38
(2)
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
(3)
Bagi maksud seksyen ini—
(a)
“perolehan aktif” ertinya suatu tempoh dari tarikh kelulusan untuk memulakan perolehan Kerajaan diberikan oleh pegawai pengawal sehingga tarikh surat setuju terima telah ditandatangani oleh pihak-pihak;
(b)
“surat setuju terima” ertinya suatu surat rasmi yang dikeluarkan oleh entiti perolehan yang memaklumkan penyetujuterimaan tanpa syarat oleh Kerajaan ke atas tawaran yang dikemukakan oleh orang berdaftar yang berjaya.