Malaysia legislation
Section 39
Seksyen 39
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), Ketua Setiausaha Perbendaharaan hendaklah mempunyai kuasa yang berikut:
(a)
untuk menjalankan kajian semula dan pemeriksaan ke atas apa-apa tatacara perolehan Kerajaan oleh mana-mana entiti perolehan di bawah bidang kuasanya;
Perolehan Kerajaan 45
(b)
untuk menjalankan pemeriksaan ke atas mana-mana orang berdaftar berhubung dengan mana-mana perolehan
Kerajaan;
(c)
untuk menjalankan siasatan ke atas apa-apa aduan atau bantahan terhadap mana-mana entiti perolehan;
(d)
untuk mengkaji semula pentadbiran aduan dan bantahan oleh mana-mana entiti perolehan; dan
(e)
untuk melakukan apa-apa perkara yang perlu atau suai manfaat bagi memberikan kuat kuasa penuh kepada peruntukan Akta ini dan apa-apa arahan, pekeliling atau garis panduan yang dikeluarkan di bawah Akta ini.
(3)
Bagi maksud subseksyen (1), pihak berkuasa kewangan
Negeri hendaklah mempunyai kuasa di bawah perenggan (2)(a),
(c)
, (d) dan (e).
(4)
Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau pihak berkuasa kewangan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah melantik apa-apa bilangan pegawai awam Perbendaharaan atau kementerian atau jabatan sesuatu Negeri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagai pegawai pemantauan dengan kuasa untuk memantau pematuhan di bawah Bahagian ini.
Pemantauan pematuhan oleh pegawai pengawal