Malaysia legislation

Section 40

of AKTA PEROLEHAN KERAJAAN 2026

Seksyen 40

(a)

untuk menyelia pegawai perolehan di bawah penyeliaannya dan memastikan pematuhan mereka kepada Akta ini dan apa-apa arahan, pekeliling atau garis panduan yang dikeluarkan di bawah Akta ini;

(b)

untuk melaksanakan dan mentadbir tatacara aduan yang ditetapkan dan mengkaji semula mana-mana aduan terhadap entiti perolehan di bawah bidang kuasanya;

Undang-Undang Malaysia 46

Akta 882

(c)

untuk menjalankan apa-apa aktiviti dan membuat apa-apa perkara yang perlu atau berfaedah dan patut bagi pentadbiran Akta ini, atau bagi apa-apa maksud lain yang selaras dengan Akta ini sebagaimana yang diarahkan oleh

Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau pihak berkuasa kewangan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2)

Seseorang pegawai pengawal boleh menyatakan takat mana tanggungjawab yang dikenakan ke atasnya di bawah seksyen ini boleh dijalankan atau dilaksanakan bagi pihaknya oleh mana-mana pegawai awam di bawah bidang kuasanya dan memberi apa-apa arahan sebagaimana yang perlu untuk memastikan penjalanan atau pelaksanaan tanggungjawab tersebut dengan sepatutnya.

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), seseorang pegawai pengawal hendaklah bertanggungjawab bagi tanggungjawabnya di bawah subseksyen (1).

Kuasa untuk menghendaki maklumat