Malaysia legislation

Section 42

of AKTA PEROLEHAN KERAJAAN 2026

Seksyen 42

Bagi maksud melaksanakan kuasanya di bawah Bahagian ini, Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau pihak berkuasa kewangan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh, sama ada secara am atau bagi suatu perolehan Kerajaan tertentu, menghendaki seseorang pegawai pengawal untuk mengemukakan suatu laporan penilaian pematuhan yang hendaklah mengandungi maklumat yang berhubungan dengan pematuhan kepada Akta ini dan apa-apa arahan, pekeliling atau garis panduan yang dikeluarkan di bawah Akta ini oleh entiti perolehan di bawah seliaannya.