Malaysia legislation

Section 43

of AKTA PEROLEHAN KERAJAAN 2026

Seksyen 43

Tindakan berdasarkan dapatan laporan penilaian pematuhan

(2)

Jika Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau pihak berkuasa kewangan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, berpuas hati bahawa, berdasarkan dapatannya, terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu ketidakpatuhan atau pelanggaran Akta ini telah atau mungkin telah berlaku, tindakan yang berikut boleh diambil:

(a)

dalam hal suatu ketidakpatuhan mana-mana arahan, pekeliling atau garis panduan oleh mana-mana pegawai pengawal atau pegawai perolehan, Perbendaharaan atau pihak berkuasa kewangan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mengesyorkan tindakan terhadap pegawai tersebut mengikut undang-undang bertulis yang berkaitan yang berhubungan dengan perkhidmatan awam;

atau

(b)

dalam hal suatu perlanggaran Akta ini, Perbendaharaan atau pihak berkuasa kewangan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh menyiasat kesalahan-kesalahan dan mengambil tindakan mengikut Akta ini.

Undang-Undang Malaysia 48

Akta 882

Kewajipan untuk melaporkan kepada agensi penguatkuasaan