Malaysia legislation

Section 47

of AKTA PEROLEHAN KERAJAAN 2026

Seksyen 47

Penggeledahan dan penyitaan dengan waran

(a)

mana-mana premis telah digunakan atau akan digunakan bagi; atau

(b)

terdapat di dalam mana-mana premis keterangan yang perlu untuk menjalankan suatu penyiasatan mengenai, pelakuan suatu kesalahan berhubung dengan mana-mana perolehan

Kerajaan di bawah Akta ini, Majistret boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa kepada mana-mana pegawai diberi kuasa yang dinamakan dalam waran itu, untuk memasuki premis itu pada bila-bila masa yang munasabah pada waktu siang atau malam, dan dengan atau tanpa bantuan, dan jika perlu secara paksa.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), suatu waran yang dikeluarkan oleh Majistret boleh memberi kuasa kepada pegawai diberi kuasa untuk—

(a)

menggeledah dan menyita apa-apa rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan

Kerajaan yang sedang disiasat, yang mengandungi atau dengan munasabahnya dipercayai mengandungi maklumat atau dapat memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu;

(b)

membuat salinan atau mengambil cabutan daripada apa-apa rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain; dan

(c)

mengambil sampel apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat.

Undang-Undang Malaysia 50

Akta 882

(3)

Seseorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan suatu penggeledahan di bawah subseksyen (1) boleh, bagi maksud menyiasat kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di premis itu.

(4)

Seseorang pegawai diberi kuasa yang membuat pemeriksaan terhadap seseorang di bawah subseksyen (3) boleh menyita, atau mengambil milikan, dan menyimpan dalam jagaan selamat semua benda, selain pakaian yang perlu, yang dijumpai pada orang itu, dan apa-apa benda lain, yang baginya ada sebab untuk mempercayai bahawa benda itu merupakan peralatan atau keterangan lain bagi kesalahan itu, dan benda itu boleh ditahan sehingga orang itu dilepaskan atau dibebaskan.

(5)

Tiada seorang pun boleh diperiksa kecuali oleh seseorang lain yang sama jantina, dan pemeriksaan sedemikian hendaklah dijalankan dengan penuh kesopanan.

(6)

Jika, oleh sebab sifat, saiz atau amaunnya, adalah tidak praktik untuk memindahkan apa-apa rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat yang disita di bawah seksyen ini, pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat itu di dalam premis atau bekas yang di dalamnya ia dijumpai.

(7)

Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengusik atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (6)

atau memindahkan apa-apa rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan.

Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran